Bukan Isteri Arwah Abam Yang Gilakan Harta, Tak Sangka Darah Daging Sendiri Yang Nak Tuntut Hak

Umum mengetahui, setelah hampir  dua tahun akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali telah menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Menurut kata Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan, pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang menuntut harta sebenarnya bukannya defendan sebaliknya adalah  plaintif-plaintif iaitu ahli keluarga arwah Abam Bocey sendiri.

Malah telefon bimbit arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil oleh (arwah) ibunya, Sabariah Arshad.

“Apa yang dilakukan oleh ahli keluarga arwah pada ketika itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk menghadapi masa akan datang dengan  membesarkan anak yang masih kecil seorang diri,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak mahkamah berpuas hati tentang keterangan yang diberikan oleh defendan Nor hidayah  ketika itu yang sedang berada dalam keadaan tertekan.

artikel berkaitan ; Reaksi Ali Puteh Selepas Kalah Kes Saman Terhadap Kakak Iparnya

artikel berkaitan ; Menang Saman, Nor Hidayah Tak Tangguh Tunaikan Hajat

artikel berkaitan ; Ali Puteh Rayu Mahu Batalkan Kemenangan Hidayah,Dakwa Wujud Fakta Tidak Benar.

Ali Puteh diarahkan membayar ganti rugi kes saman fitnah sejumlah RM60.000 kepada Nor Hidayah namun menurut Ali, dia akan membuat rayuan ke mahkamah tinggi berikutan terdapat beberapa dakwaan yang tidak benar.-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress