Muat Turun Buku Text Online Dengan DELIMa KPM

Maksud DELIMA KPM

DELIMa ialah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia dan merupakan sebuah sistem pengurusan pembelajaran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dengan syarat mereka memiliki akaun Gmail.

Cara Login DELIMa MOE?

  1. Pergi ke portal https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
  2. Sila masukkan ID dan Password yang telah diberikan oleh sekolah
  3. Klik Login
  4. Anda boleh pilih Menu yang tertera : PELAJARGURU atau SEKOLAH
  5. Kemudian, anda akan dibawa ke paparan yang mengandungi pelbagai fungsi PdPR yang anda boleh manfaatkan

 

Antara kemudahan DELIMa moe.edu.my ini adalah anda boleh download buku teks digital secara atas talian. Berikut adalah caranya :

  1. Selepas anda login, klik pada ikon Buku Teks Digital
  2. Pilih Tahun/ Tingkatan
  3. Pilih Jenis Sekolah
  4. Sila pilih Judul Buku Teks yang anda ingin muat turun

Apakah Fungsi Delima

    • Digital Textbook
    • Canva
    • Padlet
    • Wolfram Alpha
    • Plickers
    • Edpuzzle
    • Blendspace
    • Microsoft Office 365 (Word, Power Point, Excel) PERCUMA
    • Google Services (Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION)

Soalan Lazim

Apa perlu buat jika saya terlupa ID & Password DELIMA?

Jika anda terlupa ID & Password login masuk, sila rujuk dengan cikgu kelas masing-masing atau dengan pihak sekolah.

Macam mana nak dapatkan ID Delima KPM?

Para guru & murid boleh akses ke dalam sistem DELIMA ini menggunakan emel MOE Digital Learning (DL) yang telah diberikan oleh penyelaras ICT di sekolah.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress