Cara Aktifkan MyKad Untuk Bayar Tol & Parking Touch N Go Anda

Cara Aktifkan MyKad Untuk Bayar Tol & Parking Touch N Go Anda

Untuk makluman, selain daripada kad Touch N Go (TNG), anda sebenarnya boleh menggunakan MyKad untuk membayar tol dan parking yang menggunakan mesin TNG.

OnViral akan kongsikan kepada anda cara aktifkan MyKad untuk membayar tol dan parking yang menggunakan mesin TNG.

Cara Aktifkan Fungsi Touch N Go Pada MyKad

    • Pastikan di belakang MyKad ada lambang TNG dan cip 6k ke atas. Sekiranya tiada, anda perlu upgrade MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    • Anda boleh tambah nilai di stesen-stesen minyak / kiosk TNG.
    • Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semak baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet TnG anda.

Sekarang anda boleh menggunakan MyKad untuk bayar tol dan ia juga boleh digunakan untuk bayar parking yang menyediakan perkhidmatan TNG ni.

Cara Semak Baki TNG

Kepada anda yang masih belum tahu, anda boleh masukkan MyKad dalam aplikasi Touch N’ Go eWallet ini.

Baca Juga: Cara Dapatkan Topup Touch N Go eWallet Percuma 2021

Cara-Caranya:

    • Simpan resit bila tambah nilai / reload.  Paling penting adalah “Manufacturing No” 10 angka (rujuk gambar di bawah).

    • Download / buka aplikasi Touch N’ Go eWallet.

    • Tekan “Add card”.

    • Masukkan “Manufacturing No”.

    • Tunggu SMS Verification Code.

Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad.

Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login. 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress