Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank (Maybank2U)

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank Online

Semasa era pandemik ini, sudah tentu kita digalakkan untuk membuat bayaran zakat fitrah melalui platform perbankan online seperti Maybank, CimbClicks, Touch n Go, dan sebagainya.

Antara pilihan paling mudah, anda boleh membayar menggunakan laman web atau aplikasi Maybank2u.

Kami dari onviral.com.my akan kongsikan kepada langkah satu per satu untuk melakukan pembayaran zakat online.

Baca Juga: BSN Online : Bagaimana Menggunakannya?

Zakat Fitrah

Tatacara Tunaikan Zakat Fitrah Online Melalui Maybank

Panduan ini hanya mempunyai 6 langkah yang MUDAH, CEPAT & SELAMAT.

  1. Layari laman web Maybank2u https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Pilih “LOG IN” dan log masuk ke akaun perbankan internet anda.
  3. Pilih “PAY & TRANSFER”, Pay to: “PAYEE”.
  4. Pilih PAYEE (Boleh pilih mengikut Lembaga Zakat Negeri masing-masing, contohnya: “ZAKAT MELAKA – ZAKAT FITRAH”.
  5. Penuhkan maklumat “AMOUNT”, “MOBILE NUMBER” pilih “KADAR ZAKAT” dan “EFFECTIVE DATE”.
  6. Seterusnya klik “PAY” dan transaksi anda BERJAYA.

Kami juga sertakan kepada anda panduan bergambar di bawah:

NOTA:

Individu yang mana nak bayar guna M2U boleh ikut langkah di atas ni tapi disarankan guna aplikasi Maybank2u dan bukan guna web supaya lebih mudah.

Log in dan ikut langkah 1 hingga 5. Apa yang penting niat, niat jangan lupa.

Masa buat pembayaran sertakan sekali dengan niat zakat fitrah :

“Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala”.

(Kredit gambar : Fizal Hafiz)

Zakat Fitrah

Bilakah Pembayaran Boleh Mula Dibuat?

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya dariapda pertengahan bulan Ramadan. Ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Megikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Hal ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dan luput waktunya.

Sumber: Mufti WP

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *