Cara Daftar Lesen Memandu Online 2021
Syarat Asas dan Cara Daftar Lesen Memandu Malaysia
Ujian memandu dilakukan atas syarat seseorang individu perlu melepasi syarat asas yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
-
- Kelayakan umur;
- Tahap kesihatan bakal pemandu – sihat tubuh badan, boleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter dan tidak buta warna;
- Boleh memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.
Bagi kelayakan umur, individu yang ingin menjalani ujian memandu perlu melepasi kriteria umum minimum yang ditetapkan bergantung pada jenis lesen dan kenderaan yang ingin dipandu :
-
- 16 tahun ke atas – Lesen memandu (motosikal) kelas A, B2, B penuh atau C;
- 17 tahun ke atas – Lesen memandu (kereta) kelas D atau DA;
- 21 tahun ke atas – Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).
Bagi calon OKU :
-
- Calon perlu mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan-cawangan JPJ berdekatan.
- Calon perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana klinik atau hospital kesihatan kerajaan.
- Bagi pemohon bukan warganegara atau penduduk tetap, calon perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 bulan untuk melayakkan diri untuk mendapatkan lesen kereta atau motor di Malaysia.
1. Senarai makluman untuk mendaftar lesen memandu 2021
Maklumannya adalah seperti berikut:
-
- Mana-mana sekolah memandu di Malaysia wajib memaparkan kadar bayaran dan harga baru bagi lesen memandu kereta dan motor untuk tahun 2021.
- Setiap kenderaan calon akan mempunyai kamera pemerhatian bagi mengelakkan berlakunya kesalahan jenayah dan terjadi isu digagalkan lesen memandu dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah oleh penguji.
- Tidak ada lagi ujian praktikal yang dijalankan bersama kakitangan JPJ.
- Ujian praktikal lesen memandu tanpa test JPJ akan dikuatkuasakan.
- Ujian komputer akan dipantau sepenuhnya oleh sistem video ketika berada di dalam bilik ujian.
2. Cara- cara daftar lesen memandu kereta
Cara-caranya seperti berikut:
-
- Bagi Pendaftaran Kali Pertama, sila Daftar di Kaunter Sekolah Memandu pilihan anda.
- Pegawai Pemasaran akan menghubungi anda.
- Anda wajib membuat Pembayaran Pendahuluan untuk Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
- Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam di Sekolah Memandu.
- Pada hari Sabtu akan diadakan Kursus Bahasa Malaysia.
- Kursus Bahasa Inggeris diadakan pada hari Ahad.
- Calon hendaklah Berpakaian Kemas dan Sopan mengikut Etika Pemakaian JPJ.
- Setelah menghadiri Kursus KPP, calon akan menduduki Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
- Ujian Komputer akan dijalankan mengikut Tarikh dan Masa yang ditetapkan.
- Markah lulus bagi Ujian Komputer ialah 42/50.
- Selepas itu, calon akan memperolehi Lesen L dalam masa 1 minggu.
- Calon diwajibkan membuat pembayaran kedua bagi menjalani KPP 2.
- KPP 2 akan dijalankan selama 16 jam.
- Masa 8 jam akan diberikan untuk belajar memandu di dalam Litar.
- Setelah selesai KPP 2, calon akan menjalani Latihan KPP 3.
- Latihan KPP 3 adalah memandu di Jalan Raya.
- Calon diwajibkan untuk membuat bayaran Latihan KPP 3.
- Tempoh masa belajar memandu di Jalan Raya adalah 8 jam.
- Borang Belajar Memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani Latihan KPP 2.
- Calon akan menduduki Pra-Ujian.
- Pra-Ujian akan dijalankan oleh Jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
- Calon yang lulus Pra-Ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
- Seterusnya, calon akan menjalankan Ujian Praktikal JPJ.
- Calon yang lulus dalam Ujian Praktikal JPJ akan mendapat Lesen Memandu P.
- Calon akan menerima Lesen P tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu.
- Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan Lesen Memandu.
3. Cara-cara daftar lesen motor untuk kali pertama
Berikut merupakan cara-cara mendaftar lesen motor:
-
- Mendaftar di sekolah memandu pilihan anda.
- Mengikuti Kursus dan Latihan Teori Kelas Memandu selama 6 jam di Sekolah Memandu.
- Menduduki Ujian Komputer.
- Selepas lulus Ujian Komputer. (Sekiranya berjaya)
- Akan mendapat Lesen L untuk Motorsikal.
- Menjalani latihan menunggang motorsikal.
- Menjalani Ujian JPJ.
- Selepeas lulus Ujian JPJ. (Jika berjaya)
- Mendapat Lesen P.
- Calon akan mendapat Lesen Penuh selepas 2 tahun.
PERHATIAN
-
- Pastikan anda sentiasa memperbaharui lesen memandu mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
4. Bolehkah daftar lesen memandu online?
-
- Berdasarkan carian yang kami lakukan, tidak ada cara untuk register lesen memandu secara online. Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di atas.
5. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai daftar lesen memandu?
-
- Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai lesen memandu dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk ke laman sesawang rasmi https://www.jpj.gov.my.pada bahagian Soalan Lazim.
Anda juga boleh menghubungi pihak JPJ jika mempunyai sebarang aduan atau soalan untuk diajukan di talian 03-8000 8000
Pakej Harga Lesen Memandu 2021
Senarai kadar bayaran yang dikenakan yang ditawarkan sekarang, anda boleh semak pakej belajar memandu di bawah:
Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2021
-
- Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
- Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
- Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
- Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 hingga RM1500
Untuk umur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori
Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu