Cara Daftar Online Banking Bank Islam
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Online Banking?
Online banking atau dalam Bahasa Melayu nya ialah perbankan atas talian (perbankan internet) adalah kaedah perbankan berasaskan web yang membolehkan pelanggan bank menyelesaikan urus niaga hanya di laman web bank yang dilanggani.
Hampir semua bank telah menawarkan khidmat online banking bagi memudahkan urusan seharian pelanggan termasuklah Bank Islam.
Baca Juga: Cara Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!
Dengan mendaftar sebagai pelanggan dalam talian akaun Bank Islam, ianya akan memudahkan urusan harian anda seperti pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun atau lain-lain tanpa perlu membuang masa untuk beratur panjang di ATM atau cawangan Bank Islam. Lebih pantas dan cepat.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Online Bank Islam
-
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar.
- Akaun individu atau pemilik tunggal.
- Kad ATM Asas Bank Islam atau Kad Debit.
- Mempunyai PIN ATM 6 digit atau yang telah diaktifkan.
Cara Daftar Bank Islam Secara Online
Setelah syarat kelayakan anda dipenuhi, ikuti langkah dibawah ini:
-
- Log masuk ke https://www.bankislam.biz
- Pilih dan klik FIRST TIME USER.
-
- Sila baca Terma dan Syarat Akses dan Perkhidmatan Perbankan Internet.
- Tandakan kotak semak untuk menandakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat Akses dan Perkhidmatan Perbankan Internet kemudian klik Continue untuk meneruskan ke halaman seterusnya.
-
- Masukkan 16 digit Nombor Kad ATM Bank Islam atau nombor Kad Debit anda.
- Masukkan PIN ATM 6 digit anda dan klik Continue untuk meneruskan ke halaman seterusnya.
-
- Setelah pengesahan berjaya, sahkan Nama Pelanggan dan maklumat IC/ID yang dipaparkan pada skrin sebelum meneruskan untuk memasukkan kelayakan Perbankan Internet anda.
-
- Masukkan ID Pengguna pilihan anda (antara 6-10 aksara abjad angka tanpa ruang).
- Masukkan Kata Laluan Internet pilihan anda (antara 8-18 aksara abjad angka tanpa ruang).
- Sahkan semula Kata Laluan Internet anda.
- Masukkan emel anda.
- Masukkan Nombor Mudah Alih anda (seperti yang dikemas kini dalam rekod Bank).
- Masukkan Private Word pilihan anda (antara 1-20 aksara abjad angka).
- Pilih Imej Peribadi pilihan anda.
- Pilih Soalan Rahsia pilihan anda daripada senarai juntai bawah.
- Masukkan Jawapan Rahsia pilihan anda (antara 1-20 aksara).
- Klik butang Submit untuk mendaftar.
Nota:
1. Setelah lengkap pendaftaran, klik Log Masuk untuk melihat baki akaun anda dalam talian.
2. SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit berdaftar untuk TAC.
Baca Juga: BSN Login : Cara Daftar & Cara Menggunakan Akaun MyBSN