Cara Download Borang Rentas Negeri – PKP/ PKPB

Akibat daripada wabak yang semakin sukar dikawal, wujud kluster-kluster terbaru mengakibatkan wujudnya alternatif baru bagi membendung masalah ini. Sebagai langkah strategik demi menjaga regulasi ekonomi dan kesihatan rakyat Malaysia terkawal, PM Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan negara kita akan berada dalam 4 Fasa Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP (Lockdown). Oleh itu, bagi mereka yang ingin merentas negeri atau daerah, anda diwajibkan untuk mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan (PKP)/ Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Syarat ini diperlukan bagi mengawal virus ini daripada tular tanpa kawalan.

Borang Rentas Negeri Terkini 2021

Segala permohonan untuk rentas negeri/ daerah ini perlu dibuat di balai polis berdekatan dengan membawa borang dan kemukakan dokumen/ bukti sokongan yang sahih supaya tidak menjejaskan permohonan anda diterima.

Dibawah terdapat 2 jenis format borang yang disertakan. Sila pilih;

Download Borang Rentas Negeri (PDF/JPEG)

Download Borang Rentas Negeri (Word)

Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Disini kami senaraikan beberapa negeri yang sudah beralih fasa setakat bulan 0gos. Anda dinasihatkan supaya peka dengan perkembangan semasa berkaitan fasa pemulihan ini.

Negeri yang sudah berpindah ke Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara adalah :

    • Perak
    • Pahang
    • Terengganu
    • Kelantan

Negeri yang menjadi perintis peralihan Fasa 3 PPN adalah :

    • Perlis
    • Sarawak
    • Labuan

Manakala, negeri yang tak disebut masih lagi di fasa 1 PPN.

FAQ Soalan Lazim PKP

Adakah saya perlu dapat kebenaran polis kalau saya berada di luar kawasan PKP/ PKPB/ PKPP dan ingin ke kawasan PKP/ PKPB/ PKPP?

    • Ya, perlu dapatkan kebenaran polis.

Jika saya naik pengangkutan awam, boleh ke merentas negeri?

    • Dibenarkan, dengan syarat perlu buat surat kebenaran polis sebelum beli tiket.

Saya bekerja sebagai pensyarah/ guru, adakah perlu dapatkan kebenaran?

    • Tidak perlu, hanya tunjuk surat kebenaran majikan semasa pemeriksaan polis.

 

Borang Rentas Negeri PDF

Surat Rentas Negeri PKP PDF

Sample Surat Rentas Negeri

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress