Cara Mengguna MyKad Untuk Tol Touch N Go
Perkhidmatan tambah nilai (top up) kad Touch n’ Go dihentikan kepada pengguna-pengguna lebuhraya di lorong keluar tol milik PLUS.
Semua pengguna lebuhraya selepas ini perlu membeli kad Touch n Go (TnG) atau memiliki apa-apa kad yang mempunyai fungsi TnG atau sekurang-kurangnya mempunyai nilai di dalam MyKad untuk digunakan bagi membayar tol ketika melalui lebuhraya tersebut.
Sila muat turun aplikasi Touch n Go melalui :
• Play Store bagi pengguna Android
• Apple Store bagi pengguna IOS
Cara Aktifkan Fungsi Touch n Go Pada MyKad (IC)
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan fungsi TnG pada MyKad anda:
1. Semak pada belakang MyKad. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka anda boleh gunakan MyKad anda sebagai TnG
2. Anda boleh reload di stesen-stesen minyak / kiosk Touch n Go.
3. Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semakan baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet Touch n Go anda.
Cara Semakan Baki Touch n Go Dalam MyKad
Kepada anda yang tak tahu, sebenarnya boleh je kalau nak masukkan MyKad dalam app Touch n’ Go eWallet ni.
Caranya:
1. Simpan resit bila reload. Yang paling penting adalah “Manufacturing No” 10 angka (rujuk gambar di bawah).
2. Download / buka App Touch n’ Go eWallet.
3. Tekan “Add Card”
4. Lepastu masukkan “Manufacturing No” dekat resit tu
5. Tunggu SMS Verification Code.
6. Selesai. Lepas ni senang sikit nak check baki anda semua tu!
Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad.
Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.
Bagaimana Jika IC Rosak?
Anda akan menerima satu slip dari pihak JPN semasa proses penukaran MyKad baru anda. Sila dapatkan nombor siri untuk MyKad seperti tertera di dalam slip JPN tersebut dan hubungi pihak kami untuk proses pemulangan baki kad melalui cek atau kredit ke akaun bank anda.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.touchngo.com.my/
Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.