12 Cara Menghilangkan Jeragat Di Kulit Muka Dengan Mudah
1. Cara hilangkan jeragat – Menjaga Kebersihan Kulit Wajah
Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai alat solek (makeup) dalam jangka masa yang lama. Mencuci muka dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak.
Pastikan anda menggunakan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit. Elakkan guna pencuci muka yang mengeringkan kulit kerana ia mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
2. Aloe Vera ( Lidah Buaya)
- Mencerahkan wajah
- Melindungi dari sinar matahari
- Mengecut dan menghilangkan jeragat
- Mengatasi kulit kering dan berminyak.
- Menghilangkan jeragat.
- Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya menggunakannya ;
- Campurkan jel aloe vera dengan madu
- Biarkan 5 ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 – 30 minit bilas menggunakan air suam
- Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan menghilangkan jeragat. Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah ia menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.
Caranya ;
- Potong lemon (tidak terlalu nipis)
- Gosokkan pada kulit muka
- Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas.
- Boleh juga dicampur dengan madu asli.
4. Teh Hijau
Teh hijau sangat baik untuk kesihatan badan malah ia juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.
Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Caranya ialah ;
- Masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.
- Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.
5. Oatmeal
Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.
Caranya ;
- Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.
- Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.
- Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.
6. Diet Pemakanan Sihat
Selain itu, cara hilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat kerana minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu, jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak ia suatu perkara yang bagus.
Anda juga perlu mengamalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak untuk meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
7. Cuka Epal Cider
Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.
Caranya ;
- Campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air.
- Letakkan pada muka anda dengan menggunakan kapas.
- Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Cara lain ;
- Campurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung.
- Letakkan pada muka anda.
- Biarkan selama 15 – 20 minit sebelum menggosok muka semula.
- Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam.
- Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.
Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.
8. Krim Farmasi
Gunakan krim benzoil peroksida untuk bersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang sangat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi untuk membunuh bakteria pada permukaan kulit dan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.
Ia boleh didapati di mana-mana farmasi dan mempunyai tahap kekuatan yang tertentu. Tetapi anda harus ingat bahawa krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas. Jika anda kurang kepastian, jumpa doktor dahulu untuk mendapatkan konsultasi.
9. Madu asli
Madu asli mengandungi sebatian bioaktif yang boleh menghalang aktiviti tirosinase (proses yang melibatkan pembentukan melanin). Ia turut mengandungi asid askorbik yang boleh merawat hiperpigmentasi.
Oleh itu, madu asli boleh mengurangkan atau memudarkan jeragat.
- Sapukan madu di kawasan jeragat.
- Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air.
- Madu ini juga boleh dicampur dengan jus lemon.
10.Yogurt
Yogurt mengandungi asid laktik. Asid laktik boleh mencegah aktiviti tironase, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengekang penghasilan melanin.
Ia membantu mengurangkan jeragat.
- Sapukan yogurt pada kawasan jeragat
- Biarkan selama beberapa minit (15-20 minit).
- Kemudian bilas dengan air.
11. Kulit pisang
Kulit pisang mengandungi sebatian bioaktif seperti beta-karotin dan asid ferulik yang boleh menyerap sinaran ultraviolet B dan mencegah penghasilan melanin. Ini menjadikannya sebagai salah satu pilihan rawatan untuk masalah hiperpigmentasi seperti jeragat.
- Gunakan kulit pisang yang masak.
- Sapukan pada kawasan jeragat Biarkan beberapa minit.
- Kemudian berihkan dengan air.
12. Pes muka daripada buah
Cara hilangkan jeragat yang terakhir ialah dengan membuat pes muka dengan buah-buahan. Kaedah ini akan perlahan-lahan menghilangkan jeragat dalam beberapa minggu. Bagi kaedah ini, anda memerlukan ;
- 2 biji strawberi
- 1 hirisan tebal buah betik
- separuh timun batang
- satu hirisan tebal buah nanas
Caranya ialah ;
- Kisar kesemua bahan-bahan (buah) ini sehingga lumat untuk dijadikan pes.
- Sapukan pes ini pada muka anda dan biarkan selama 15 minit.
- Kemudian, bilas muka anda.
- Ulang pemakaian pes ini sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Kajian mendapati, Kurang Kawan Hidup Lebih Ceria, Mewah dan Selesa