Pernahkah perkara ini terjadi kepada anda dimana ketika anda mahu mengeluarkan duit dari mesin ATM, tiba-tiba anda baru perasan yang kad ATM anda tertinggal di rumah atau pejabat. Perkara ini akan merugikan masa anda untuk berpatah balik mengambil kad ATM tersebut sekaligus membuatkan anda semakin merasa tertekan sekiranya anda perlu mengeluarkan duit pada masa itu juga.
Tahu anda bahawa terdapat alternatif atau cara lain untuk membuat pengeluaran duit tanpa menggunakan kad melalui mesin ATM sekiranya anda baru perasan yang kad ATM anda tertinggal atau terlupa dimana anda meletakkannya. Cara ini amat berguna kepada anda ketika dalam kecemasan terutama sekiranya anda perlu mengeluarkan duit pada masa itu juga. Disamping amat berguna, cara ini juga adalah cara yang selamat.
Pengeluaran Wang Tanpa Kad
Untuk makluman anda terutamanya kepada yang baru tahu, Maybank mempunyai satu perkhidmatan yang dinamakan Cardless Withdrawal (pengeluaran tanpa kad) yang membolehkan pelanggan Bank melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dengan amat mudah dan selamat.
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini boleh digunakan oleh pengguna Maybank2u bagi melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit di Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa memerlukan kad ATM.
Baca Juga : CIMB Clicks Memudahkan Peniaga Online
Anda mungkin masih tidak percaya dengan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini selamat digunakan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh meminta bantuan pegawai bank untuk membimbing anda jika perlu.
Pengguna harus mengisi maklumat butiran untuk mula menggunakan perkhidmatan ini. Pengguna kemudiannya akan mendapat kod keselamatan sertaterdapat limit transaksi yang telah ditetapkan iaitu hanya pengeluaran RM300 sahaja untuk setiap hari.
Langkah Mengeluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Menggunakan Kad ATM
Baca Juga : Kad ATM : Jalan Penyelesaian Jika Kad Ditolak
Sila ikuti gambar langkah-langkah seperti berikut:
1. Anda mesti pastikan yang anda sudah memuat turun aplikasi Maybank2u seperti gambar di bawah.
2. Selepas itu anda tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru bawah sebelah kanan.
3. Sila pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’ seperti dalam gambar.
4. Sila isi nama dan butiran lanjut seperti dalam gambar di bawah:
5. Sila pilih jumlah duit yang anda ingin keluarkan.
6. Kemudian anda akan menerima notifikasi seperti dibawah.
7. Apabila anda berada di mesin ATM, anda akan menerima satu ID/KOD, sila ikut dua langkah dibawah ini:
-
- Masukkan ID 16 digit yang anda terima
- Masukkan kod 6 digit di mesin ATM
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Cardless Withdrawal dengan Maybank, boleh rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia. KLIK DISINI