Manusia dan sifat lupa memang sukar nak dipisahkan. Sedangkan hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh terlupa untuk membawa kad bank. Bila dah tertinggal, nak patah balik ke rumah jauh pula. Nasib baik ada cara nak keluarkan cash dari ATM tanpa guna kad.
Macam mana tu caranya? Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda langkah-langkahnya.
Untuk pengetahuan anda semua, Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan wang ke mana-mana nombor telefon bimbit di Malaysia. Setelah pemindahan dilakukan, penerima akan menerima kod keselamatan melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat, mudah dan pantas untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri sendiri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Ramai persoalkan mengenai tahap keselamatan menggunakan kaedah ini. Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT untuk digunakan. Mungkin sesetengah daripada anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan had transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Baca Juga: Cara Daftar MyBSN Melalui Online Dengan Mudah!
Tutorial Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Caranya mudah sahaja, sila ikut langkah-langkah yang diberikan:
Nota: Bagi insan yang pertama kali menggunakan aplikasi Maybank2u, sila muat turun aplikasi Maybank2u terlebih dahulu Google Play Store (Android) & Apple Store (IOS).
- Masuk ke aplikasi Maybank2u apps.
- Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung belah kanan.
- Klik pada “cardless ATM withdrawal”.
- Letak nombor telefon.
- Pilih jumlah amaun yang mahu dikeluarkan.
- Setelah selesai, pergi ke mesin ATM dan pilih keluarkan duit tanpa kad.
- Sila ikut 2 langkah penting ini:
- Masukkan ID 16 digit.
- Masukkan kod 6 digit.
- Dah boleh keluarkan duit.
Tutorial (Bergambar) Tanpa Guna Kad
1. Mula-mula pastikan anda mempunyai aplikasi Maybank2u seperti di bawah:
2. Selepas itu, tekan ikon “Mobile” di penjuru kanan bawah.
3. Pilih transaksi “Cardless ATM Withdrawal”.
4. Isikan nama seperti butiran di bawah:
5. Okay dah siap, boleh pilih amaun yang ingin anda keluarkan.
6. Selepas itu, anda akan notifikasi begini.
Setelah anda berada di hadapan ATM, sila ikut langkah-langkah ini:
- Masukkan ID 16 digit.
- Masukkan kod 16 digit.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia