Cara Keluarkan KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah

Ramai yang masih tidak tahu bahawa wang simpanan KWSP anda boleh digunakan untuk buat pembayaran rumah secara bulanan. OnViral ingin kongsikan kepada anda sedikit sebanyak info berkaitan KWSP. Semoga bermanfaat.

Keluarkan KWSP Untuk Bayar Bulanan Rumah

Pengeluaran dana KWSP untuk bayaran bulanan rumah boleh mengurangkan komitmen seseorang, sama ada bersifat sementara atau tahunan.

Simpanan Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan, atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Untuk makluman pembaca semua, anda kini boleh semak penyata KWSP melalui IC sahaja. Mudah kan?

Siapa Yang Layak Memohon?

    1. Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
    2. Umur 55 ke bawah.
    3. Sekurang-kurangnya mempunyai RM600 dalam Akaun 2.
    4. Membeli / membina rumah kediaman.
    5. Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang telah diiktiraf KWSP.
    6. Ansuran bulanan telah bermula.

*Rumah kediaman – banglo/ teres/ semi-detached/ apartment/ condominium/ studio apartment/ serviced apartment/ townhouse/ jenis SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Jumlah Pengeluaran Yang Dikeluarkan

Untuk pengeluaran individu dan pengeluaran bersama, jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah:

    • Jumlah baki pinjaman perumahan, atau;
    • Semua simpanan dalam Akaun 2, atau;
    • Bayaran bulanan minimum ialah RM100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama 6 bulan.

Dokumen Yang Diperlukan

    1. Borang 9P (AHL) KWSP dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan sahaja pemegang MyKad).
    2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja).
    3. Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan daripada LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan (LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).
    4. Perjanjian Jual Beli (S&P) /Bukti Gadai Janji /Penyerahan Hak Milik (Borang Gadai Janji & Surat Hak Milik) – jika maklumat dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.
    5. Buku bank atau salinan penyata akaun bank
    6. Muat turun senarai semak dokumen permohonan di sini.

Kaedah Pembayaran

Bayaran pengeluaran KWSP secara kredit atau cek, dan baki pinjaman akan dibayar melalui cek kepada pemberi pinjaman (institusi perbankan).

Perkara Yang Anda Perlu Tahu

    1. Pengeluaran terhad kepada satu rumah bagi setiap ahli. Pengeluaran seterusnya adalah untuk rumah yang sama.
    2. Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran untuk Menjelaskan Baki Pinjaman secara serentak.
    3. Tempoh ansuran bulanan mestilah tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
    4. Tempoh bayaran bulanan maksimum tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan
    5. Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman dikira berdasarkan bayaran pinjaman asal daripada pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Jika lebih daripada seorang pemberi pinjaman terlibat, surat penebusan hutang akan dibandingkan dengan baki terkini untuk menentukan jumlah yang layak untuk dicairkan. Anda tidak layak memohon sekiranya pinjaman asal telah selesai.
    6. Bagi pinjaman perumahan tertunggak berstatus NPL, dibenarkan memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan dibayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
    7. Jika pada masa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain yang masih berkuat kuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan antara jumlah pengeluaran peminjam yang lain.
    8. Anda boleh membuat pengeluaran dalam masa 30 hari sebelum tarikh mula ansuran. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuat kuasa.
    9. Untuk pengeluaran seterusnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan sebelumnya selesai.
    10. Amaun pengeluaran dari Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas untuk pembayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
    11. KWSP berhak membatalkan pengeluaran bayaran bulanan sekiranya pinjaman telah dijelaskan, rumah dijual/dilelong/pindah hakmilik atau jika didapati bersalah menipu dengan mengemukakan maklumat/dokumen palsu.

Semoga Berjaya dalam permohonan anda.

Sila kongsikan artikel bermanfaat ini kepada mereka yang lain. Terima Kasih.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress