Cara Kemas Kini Status Kanak-Kanak Ke Akaun Dewasa Tabung Haji

Adakah anda perlu melakukan penukaran status akaun Tabung Haji anak anda yang telah berumur 18 tahun? Jawapannya adalah perlu kerana akaun akan dibekukan jika tidak menukar status.

Bermula 1 Mei 2022, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Baca Juga: Ketahui Kaedah Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Cara Kemas Kini Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa

Untuk tukar akaun Tabung Haji Kanak-kanak ke Akaun Dewasa, anda perlu hadir bersama anak ke cawangan TH yang berdekatan bagi membuat penukaran status.

Rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut akan dikemaskini.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress