KWSP : Cara Kemaskini Nombor Telefon Secara Online/ Kiosk (OTP/TAC)

Tahniah !

Permohonan dan semakan untuk iCitra telahpun diluluskan pada bulan ini.

Akan tetapi , terdapat beberapa permasalahan yang sering dihadapi oleh ahli KWSP , terutama sekali tentang nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun KWSP.Kesulitannya terdapat pada bagaimana cara untuk tukar nombor telefon atau pun cara kemaskini nombor telefon di Kiosk KWSP.

Makluman

Bagi yang  ingin membuat pendaftaran nombor telefon TAC/ OTP, anda wajib walk in ke kiosk KWSP berdekatan.

Ini bertujuan untuk pengesahan identiti MyKad dan cap ibu jari anda kali pertama.

Cara Kemaskini Nombor Telefon Di Kiosk KWSP

Terdapat dua langkah untuk mengemaskini nombor telefon anda dalam akaun KWSP. Jangan bimbang kami akan membantu anda .Pastikan anda mengikut ke semua langkah dan arahan tersebut mengikut turutan .

  • Kemaskini No Telefon Di Kiosk KWSP

Sebelum anda ke kaunter mahupun ke cawangan KWSP berdekatan, tapi pastikan anda buat menempah temu janji KWSP secara online dulu.

  1. Masukkan Kad Pengenalan anda di Kiosk KWSP.
  2. Tempatkan ibu jari pada ruang yang telah disediakan untuk pengesahan.
  3. Klik paparan menu untuk tukar nombor telefon.
  4. Jika anda keliru dan mengalami masalah, sila dapatkan bantuan pekerja di kiosk tersebut.

Mohon Juga: Permohonan Pengeluaran i-Citra Sebanyak RM5,000 Bermula Ogos

Nombor telefon baru anda akan dikemaskini dalam sistem KWSP dalam tempoh 24 jam.

  • Macam Mana Nak Tukar Nombor Telefon Untuk KWSP Secara Online

Jika anda malas  menukar nombor telefon di kiosk/ kaunter KWSP,

anda juga boleh memilih untuk membuat secara atas talian dengan menjawab soalan keselamatan seperti di bawah :

Pastikan anda menjawab dengan betul segala soalan keselamatan.

No Tac KWSP Tak Dapat?

Jika anda gagal dapat No TAC KWSP, berkemungkinan talian telefon di kawasan anda berada dalam keadaan tak stabil atau berkemungkinan nombor telefon anda sudah tidak lagi aktif.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan KWSP ini, sila hubungi Hotline KWSP di :

03-8922 4848

Atau layari Facebook KWSP di https://www.facebook.com/KWSPMalaysia

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress