Cara Semakan Penyata KWSP Secara Online
1) Dapatkan ID dan kata laluan sementara untuk semakan penyata KWSP
Anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh menyemak secara online
Dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
Sebagai alternatif, pendaftaran juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP.
2) Aktifkan i-Akaun
Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada anda melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.
1. Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun
2. Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”
3. Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”
4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.
5. Ubah ID sementara anda kepada yang dikehendaki. Nak ubah ID hanya boleh buat sekali sahaja semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang mudah diingati.
6. Isi kata laluan baru.
7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
8. Masukkan Frasa Rahsia. Sila tulis dan simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.
9. Anda akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.
Pengaktifan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari. Kalau pengaktifan tak buat dalam masa ni, perlu hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara.
3) Dapatkan Penyata KWSP
Setelah selesai, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata.
Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini.
Anda boleh pilih untuk print penyata tersebut.
Kemudahan Lain
Ada banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun anda. Ini termasuklah kemudahan untuk:
- Buat permohonan pengeluaran
- Semak status permohonan pengeluaran
- Semak informasi berkaitan dengan nomination
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
Cara Semak Nombor Ahli KWSP
1. Semak No KWSP Secara Online
- Bagi semakan KWSP menggunakan IC/Kad Pengenalan, anda perlu mendaftar dahulu ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.
- Dengan mendaftar i-Akaun tersebut, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli untuk semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau urusan lain mengikut keselesaan rumah atau pejabat.
- Untuk makluman, jika pengguna kali pertama i-Akaun anda perlu mendapatkan ID pengguna dan kata laluan dahulu.
- Tapi perlu ingat, perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan KWSP perlu melalui Janji Temu Online terlebih dahulu.
- Jika waktu PKP ini sukar untuk ke cawangan KWSP, ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk dapatkan kata laluan sementara.
- Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.
2. Semak No KWSP Di Kiosk
- Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.
- Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kiosk KWSP untuk dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
- Selepas itu, anda boleh mendaftarkan i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP secara online sepenuhnya.
3. Semak No KWSP Melalui Telefon
- Dengan perkhidmatan telefon, anda juga boleh membuat semakan nombor ahli.
- Telefon: 03 – 8922 6000
- Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang