Cara Memohon & Dapatkan Geran Motor Hilang

Cara Memohon dan Dapatkan Geran Motor

Selalu terjadi situasi seperti ini iaitu geran motor atau kenderaan hilang. Hilang kerana terlupa, hilang kerana bencana seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Geran kenderaan adalah maklumat penting, seperti sijil lahir. Jika tiada geran tiadalah bukti bahawa kenderaan anda adalah sah atau hak anda, jadilah setiap kenderaan di Malaysia tidak kira kereta mahupun motorsikal wajib ada geran kenderaan.

Untuk mendapatkan semula atau salinan geran kenderaan anda di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) anda perlu hadir di setiap cawangan berdekatan dengan anda. Bermula 1 Jun 2016 JPJ telah perkenalkan satu kaedah yang baru iaitu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk gantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.” 

Cara Dapatkan Geran Motosikal di Kaunter JPJ :

Anda boleh mendapatkan salinan geran motor original atau asal yang baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhampiran dengan anda.

  1. Pemilik berdaftar perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan;
  2. Bawa kad pengenalan (MyKad / IC) dan dokumen lain yang diperlukan untuk memudahkan urusan;
  3. Lengkapkan borang yang diperlukan (JPJ K7);
  4. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
  5. Serahkan kad pengenalan dan borang yang telah siap diisi kepada pegawai ;
  6. Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran asal yang diperlukan.
  7. Bayaran akan dikenakan untuk permohonan ini iaitu sebanyak RM20 untuk geran motosikal.

Cawangan JPJ

Dokumen yang diperlukan oleh pemilik berdaftar :

  • Borang Senarai Semak Salinan Geran ;
  • Dua salinan Borang JPJ K7 yang lengkap diisi;
  • Kad Pengenalan (MyKad/IC) asal untuk semakan;
  • Surat Kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  • Fi yang telah ditetapkan

Wakil hadir bagi pemilik berdaftar :

  1. orang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua salinan  Borang JPJ K7 yang lengkap diisi.
  3. Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
  4. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  5. Fi yang telah ditetapkan.

Pemohon oleh waris :

  1. Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Dua Borang JPJ K7 yang diisi lengkap;
  3. Salinan Identiti Pengenalan Diri (MyKad/IC) pemilik berdaftar kenderaan;
  4. Salinan Identiti Pengenalan Diri (Mykad/IC) waris;
  5. Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa;
  6. Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
  7. Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
  8. Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
  9. Fi yang telah ditetapkan.

contoh geran motor

Cara Dapatkan Geran Motor di Kiosk JPJ :

Selain di kaunter, anda boleh dapatkan salinan geran melalui kiosk yang tersedia di seluruh Malaysia  :

  1. Masukkan kad pengenalan (Mykad/ IC),
  2. Kemudian, lakukan imbasan cap jari kanan;
  3. Selepas itu, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan;
  4. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan dan tindakan lanjut;
  5. Masukkan kad debit dan nombor pin untuk membuat pembayaran;
  6. Anda akan dikenakan bayaran bagi transaksi yang berjaya;
  7. Cetakan resit jika perlu.

Cara Dapatkan Motor di Bank :

Selain berurusan di JPJ, boleh juga dapatkan salinan geran motor asli melalui bank pinjaman anda :

  1. Hadir ke cawangan bank yang meluluskan pinjaman anda;
  2. Lengkapkan borang yang diperlukan ;
  3. Serahkan kad pengenalan (MyKad/IC) kepada pegawai yang bertugas;
  4. Selepas proses pengesahan (imbasan cap jari), pegawai bertugas akan menyerahkan geran yang asli kepada anda.

Baca Juga : Cara tukar kad maybank yang rosak

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress