Cara untuk dapatkan geran kereta
Jika geran kereta anda hilang atau lokasi bank luluskan loan jauh, anda boleh pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk dapatkan Geran Kereta yang asal atau yang baharu.
Bayaran yang dikenakan hanya RM50 sahaja.
Proses untuk mengambil geran asal :
- Pemilik kenderaan pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan awam (JPJ) .
- Isi borang yang diberikan oleh pegawai yang bertugas ketika anda beratur.
- Ambil nombor giliran, tunggu sehingga nombor anda dipanggil
- Berikan Kad Pengenalan (MyKad) dan borang yang telah diisi kepada pegawai yang bertugas di kaunter.
- Selepas beberapa proses verifikasi, anda akan membuat bayaran sebanyak RM 50 sahaja.
Jika geran di bank atau tak nak bazirkan wang :
Boleh pergi ke bank yang meluluskan loan tersebut selepas membuat bayaran hutang pertama kali. Selalunya selepas sign agreement hutang kenderaan, anda akan dapat salinan geran yang diberi oleh syarikat pemberi hutang. Ramai yang musykil macam mana nak ambik geran asal selepas membeli kereta motor atau kenderaan yang mempunyai geran.
Prosesnya amat mudah
- Berikan Kad Pengenalan (MyKad) kepada pegawai yang bertugas
- Pegawai betugas akan tanya sama ada dah habis bayar atau belum
- Selepas itu, pegawai bertugas akan cari geran anda
- Isi borang yang diberikan dan tandatangan
- Thumb print untuk pengesahan IC.
Bagi cara untuk yang memerlukan photocopy sahaja :
- Anda boleh dapatkan geran photocopy dengan membuat panggilan bank yang meluluskan loan anda.
- Membuat pengesahan, selalunya senang sahaja hanya memerlukan nombor Kad Pengenalan (Mykad/IC) dan alamat
- Beri e-mail anda kepada pegawai yang bertugas, geran photocopy akan dapat dalam masa 1 jam.