Cara Memohon Geran Sepadan PTPTN

Geran Sepadan PTPTN

Para pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang berpendapatan rendah di seluruh negara digalakkan memohon Geran Sepadan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk pengetahuan, Geran Sepadan adalah satu insentif kewangan yang telah ditawarkan kepada pendeposit iaitu yang terdiri daripada ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang  oleh PTPTN bagi menggalakkan rakyat yang berpendapatan rendah membuat tabungan untuk masa depan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Pendeposit yang menyumbang pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok)yang tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dikira layak untuk dipertimbangkan mengenai pemberian geran ini. PTPTN amat menggalakkan rakyat menabung bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

Orang ramai yang berpendapatan rendah serta mahu memohon geran ini tetapi masih lagi belum mempunyai akaun SSPN-i perlulah membuka akaun ini terlebih dahulu.

Baca juga: PTPTN Online – Cara Mudah Pembayaran Balik PTPTN Online

geran sepadan ptptn

Jumlah Geran

Untuk satu keluarga, jumlah keseluruhan geran yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak untuk memohon Geran Sepadan PTPTN adalah tidak melebihi RM10,000.00.

Syarat-Syarat Untuk Memohon

Sila rujuk syarat permohonan bagi pendeposit yang mahu mendapatkan Geran Sepadan PTPTN ini seperti di bawah:

    • Pendeposit hendaklah mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
    • Penerima manfaat iaitu anak pendeposit hendaklah diterima dan telah mendaftar untuk memasuki mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kemasukan di peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas layak untuk dipertimbangkan.
    • Penerima manfaat juga hendaklah berumur sebelum 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
    • Tuntutan Geran Sepadan pula mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.

geran sepadan ptptn

 

Cara Membuka Akaun SSPN-i

Orang ramai yang masih belum lagi mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun dengan merujuk cara-cara di bawah:

    • Sila layari laman web PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/geran-sepadan-sspn-i-side.
    • Sila tekan butang ‘Buka Akaun SSPN-i.’
    • Sila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
    • Sila lakukan pembayaran bagi melengkapkan pembukaan akaun
    • Anda berjaya membuka akaun SSPN-i

 

Permohonan Geran Sepadan

Pemohon boleh pergi ke mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen seperti di bawah:

    • Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
    • Salinan Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
    • Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai;
    • Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
    • Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
    • Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, surat tawaran mendaftar dan surat pengesahan aktif belajar tidak diperlukan.
    • Sila maklumkan kepada kakitangan PTPTN yang anda mahu memohon Geran Sepadan.
    • Proses seterusnya akan dibantu okleh kakitangan PTPTN.

 

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Baca juga: Usah Kedekut Untuk Beli Makanan Kucing, Rezekinya Amat Menakjubkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *