Cara untuk permohonan geran tanah hilang
Langkah – langkah yang anda perlu lakukan ketika membuat permohonan geran tanah bagi Permohonan Individu :
- Salinan Laporan Polis yang telah disahkan dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap dalam Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pengadu Laporan Polis.
- Surat Akuan Sumpah Pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama.
- Sijil Carian Rasmi (Tempoh Sah Laku 2 Minggu.)
- Salinan Sijil Kematian / Salinan wasiat & Surat Akuan Sumpah waris yang disetemkan sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia.
- Salinan Resit Cukai Tanah seta Cukai Taksiran Baharu yang telah dibayar.
- Surat Akuan Sumpah dari pihak berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan Salinan Kad Pengenalan (MyKad) serta disetemkan.
- Surat Kebenaran dari pemilik kepada wakil, surat akuan sumpah wakil dan disetemkan serta kad pengenalan.
- Jika melalui peguam, salinan kad pengenalan (MyKad) peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.
- Bayaran Permohonan Proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) / RM 440.00 (Hakmilik Kekal)
- Sila bawa kad pengenalan (MyKad) penyerah dokumen ketika penghantaran dokumen untuk pengesahan sistem biometrik.
Syarikat persendirian / melalui firma guaman
- Gunakan kepala surat syarikat (letter head) untuk permohonan.
- Jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pengarah syarikat dan akuan sumpahnya (setemkan) RM10.
- Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M & A yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
- Jika permohonan melalui peguam, sila kemukakan salinan kad pengenalan (MyKad) peguam dan akuan sumpahnya.
- Lain-lain seperti permohonan individu.
Maklumat lanjut mengenai geran tanah – Klik sini
Jabatan kerajaan / badan berkanun (tidak berobjektifkan keuntungan)
- Sila gunakan kepala surat (letter head) Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun berkenaan.
- Salinan laporan polis yang disahkan oleh balai polis tersebut.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pegawai kerajaan (pengadu) yang membuat laporan polis.
- Surat Akuan Sumpah pegawai kerajaan (pengadu)
- Surat Akuan Sumpah serta salinan kad pengenalan penyerah (MyKad wakil jabatan / badan berkanun).
- Sila bawa kad pengenalan (MyKad) ketika menyerahkan dokumen permohonan dan perserahan untuk tujuan pengesahan sistem biometrik.
- Tiada bayaran yang dikenakan dalam permohonan jabatan kerajaan / badan berkanun.
Sebelum menyusun dokumen anda, pastikan perkara terakhir dan sangat penting ini:
- Semua surat akuan sumpah dalam Bahasa Malaysia telah disetem.
- Semua laporan polis telah disahkan oleh balai polis.
- Lampirkan pelan tanah berkenaan jika ada.
- Pembayaran untuk permohonan dibuat melalui wang tunai atau draf bank dengan nama ‘Bendahari Negeri Selangor’.