Cara Memohon & Semakan Bantuan Barang Dapur RM300

Program Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA untuk membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Bulan Pelaksanaan

Program ini telah dijalankan secara berperingkat di setiap negeri dengan menyaksikan negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai pelaksanaannya pada bulan Julai. Buat masa kini, beberapa negeri telah melalui bulan terakhir pelaksanaannya iaitu negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu. Manakala untuk Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak akan bermula pada bulan September hingga November 2021 atau Oktober hingga Disember 2021

Kelayakan Bantuan RM300 Barangan Dapur

Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.
Mereka yang layak akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Semakan Program Prihatin kasihAnda boleh untuk membuat semakan status kelayakan secara online Klik Sini

Cara semak kelayakan:

  1. Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
  2. Isi nombor kad pengenalan
  3. Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
  4. Status anda akan dimaklumkan
  5. Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Program Prihatin Kasih, anda boleh rujuk DI SINI atau https://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih-soalan-lazim/
Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress