Rata-rata pengguna jalanraya menyatakan kesukaran untuk memperbaharui roadtax berikutan situasi pendamik Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Pihak JPJ walaubagaimanapun telah memaklumkan bahawa tempoh moratorium perlanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September 2021.
Kenapa roadtax perlu diperbaharui?
Badan penguatkuasa jabatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan pelaksanaan untuk aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan mulai 1 Oktober 2021. Oleh itu roadtax mesti diperbaharui untuk mengelakkan saman.
Apakah yang pemilik kenderaan perlu lakukan?
Pemilik kenderaan pesti memperbaharui lesen memandu yang sudah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.Bagi pemilik kenderaan LKM yang tamat tempoh pula perlu memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah serta menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta oleh pihak berkuasa.
Berapakah harga roadtax?
Harga roadtax untuk setiap kenderaan adalah berlainan berdasarkan jenis dan jenama kereta.
Langkah-Langkah Untuk Memperbaharui Roadtax Di Pejabat POS
-
- Anda mesti membuat semakan tarikh tamat tempoh insurans dan roadtax anda.
- Sila bawa dokumen geran kenderaan anda semasa proses pembaharuan roadtax
- Anda mesti menyemak saman kenderaan anda dimana anda perlu menyelesaikan saman dahulu sekiranya ada
- Sila buat semakan untuk harga pasaran kenderaan anda bagi tujuan insurans
Syarat-Syarat Memperbaharui Roadtax Di Pejabat POS
-
- Pilihan boleh dibuat samada untuk rmemperbaharui lesen selama 6 Bulan / 1 tahun
- Kenderaan anda hendaklah mempunyai tempoh perlidungan bagi tempoh 6 Bulan / 1 tahun
- Anda boleh memperbaharui roadtax anda sekiranya ia akan tamat tempoh dalam masa 2 bulan
- Anda hanya dibenarkan renew roadtax dalam tempoh 6 bulan sahaja dalam tempoh tidak lebih 5 tahun. Jika lebih 5 tahun,anda perlu dapatkan kelulusan. (Untuk kes pemilik kenderaan telah meninggal dunia)
- Kenderaan anda perlu jalani dan lulus pemeriksaan Puspakom (Bagi kes kenderaan yang telah luput roadtax lebih setahun)
Cara-Cara Menempah Slot Temujanji Online Di Cawangan Pejabat POS Malaysia
-
- Sila layari laman web Pos Malaysia KLIK DISINI atau aplikasi POS Malaysia dalam telefon mudah alih anda
- Sila Pilih menu Outlet Finder
- Sila Pilih Negeri untuk pilihan Cawangan Pejabat Pos
- Klik link Temujanji Online
- Sila Isikan butiran temujanji
- Simpan atau screenshot slip temujanji sebagai bukti tempahan slot temujanji ketika hadir di Pejabat Pos
Cara-Cara Memperbaharui Roadtax Di Pejabat POS
-
- Sila pastikan anda memenuhi syarat renew roadtax
- Sila bawa dokumen diperlukan
- Sila ke Pejabat Pos dan ambil nombor giliran
- Urusan pembaharuan roadtax serta pembayaran akan dilakukan dikaunter.
Soalan Lazim
Bilakah roadtax sudah boleh diperbaharui di PejabatPos?
Pejabat POS Malaysia akan memulakan urusniaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2021.
Bilakah tempahan slot temujanji Pejabat Pos sudah boleh dilakukan?
Anda boleh mula membuat menempah slot temujanji Pejabat pos bermula 8 Ogos 2021
Bagaimanakah cara untuk buat tempahan slot temujanji Pejabat Pos?
Melalui web Pos Malaysia KLIK DISINI atau aplikasi Pos Malaysia
Adakah saya perlu menunjukkan bukti tempahan slot temujanji Pejabat Pos?
Ya,sila simpan slip temujanji atau screenshot untuk ditunjukkan kepada pegawai sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos
Maklumat Lanjut
Sila layari http://jpj.spab.gov.my atau hubungi talian hotline myGCC: 03-8000 8000
E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my
Facebook Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)