Kerajaan Malaysia telah membuka satu bantuan khas iaitu bantuan Bakul Prihatin Negara rakyat Malaysia di bawah inisiatif penuh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia. Bantuan ini diwujudkan bagi membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 di samping memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Oleh itu, kepada warganegara Malaysia yang ingin memohon bakul prihatin negara, anda boleh meneliti maklumat serta cara permohonan di bawah.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Program Bantuan
-
- Bakul Prihatin Negara
Barangan Yang Akan Diperolehi
Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) baranagn seperti berikut:
-
- Beras (5 kg)
- Gula (1 kg)
- Tepung (2 kg)
- Bihun (400 gm)
- Kicap (650 ml)
- Sardin (230 gm)
- Biskut
- Kopi
Syarat – Syarat Kelayakan
-
- Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.
Cara Mohon Bakul Prihatin Negara
Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
-
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/ Twitter/ Instagram KPWKM atau JKM)
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat
Kaedah Penyampaian Bakul Prihatin Negara
-
- Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.
- Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan.
- Penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
Muat Turun Borang
Sila muat turun dan isi borang berikut dengan lengkap bagi permohonan Bakul Prihatin Negara:
Carta Alir Permohonan Bakul Prihatin Negara
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau dihubungi ibu pejabat JKM melalui talian:
Alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya
No Tel:
03-8000 8000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan kepada anda. Terus berusaha dan maju jaya.
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan taulan yang memerlukan.