Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000

Baru-Baru ini Yang Berhormat DS Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada mengumumkan berita gembira dimana Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan menurut Belanjawan 2021 yang telah diluluskan. Pengumuman itu dibuat dalam sebuah video beliau di Facebook.

Kadar Bantuan Kanak-kanak JKM Terbaru 2021

Jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut:

Lama : 

    • Seorang anak akan menerima RM 100.
    • RM 450 jika anak melebihi 4 orang.

 Terbaharu (mulai 2021) :

    • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
    • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
    • Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?

Kriteria penting supaya layak untuk membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

    •  Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
      Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
      Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
      ATAU ;
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Buat Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2021

Terdapat 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

i) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

  1. Lawat ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2.  Klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Tekan butang Daftar.
  5. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian permohonan akan terbatal secara automatik oleh sistem.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

ii) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)

Jika memohon secara manual, sila hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

Borang Permohonan Bantuan JKM

 

* Untuk maklumat lanjut ,sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress