Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40

Kini kerajaan telah  memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai yang tinggi iaitu sebanyak RM2,000 untuk mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, dapat dimanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

Berikut adalah dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan sebentar tadi.

Sila layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Bantuan Keluarga Malaysia: Jumlah Bantuan Dan Syarat Kelayakan

Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan diberi berdasarkan kepada empat kategori seperti berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
  • RM2,000: Lebih 3 anak
  • RM1,500: 1-2 anak
  • RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
  • RM800: Lebih 3 anak
  • RM600: 1-2 anak
  • RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM

Isi Rumah

  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran

Buat masa ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran daripada semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan BKM

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress