Cara Mohon Bantuan RM3,000 – Muat Turun Borang Permohonan

Cara Mohon Bantuan RM3,000 – Muat Turun Borang Permohonan

Tahukah anda, MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ada buka permohonan Musa’adah Tijariyyah 2.0.

Melalui bantuan modal perniagaan daripada baitulmal ini, anda boleh mohon untuk dapatkan bantuan sebanyak RM3,000 untuk penerima yang layak.

Bantuan Musaadah Tijariyyah

Bantuan zakat perniagaan ini dilaksanakan di bawah MAIWP bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan ini khas diperuntukkan kepada peniaga kecil atau penjaja yang kehilangan / kekurangan sumber pendapatan.

Kadar Bantuan: RM3,000

Syarat Kelayakan

Syarat & kriteria kelayakan untuk permohonan Musa’adah Tijariyyah ini adalah seperti berikut:

    1. Mestilah warganegara Malaysia.
    2. Perlu menetap / bermaustautin di Wilayah Perseketuan sekurang-kurangnya 1 tahun.
    3. Tertakluk kepada Had Kifayah.
    4. Bukan penerima bantuan MAIWP & Musa’adah Tijariyyah 1.0 dalam tempoh 2 tahun.

Perniagaan Yang Dibenarkan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda mempunyai dan sedang menjalankan perniagaan seperti berikut:

    • Perniagaan makanan dan minuman.
    • Barangan kering seperti produk kecantikan, baju, kasut dll.
    • Perkhidmatan seperti gunting rambut, wirering, urut dll.
    • Produk yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Cara Permohonan Bantuan RM3,000

Untuk permohonan ini, pemohonan perlu isi borang permohonan yang boleh diambil secara atas talian/ manual.

Borang Permohonan Musaadah Tijariyyah – Download

Sediakan juga dokumen-dokumen seperti berikut :

    • Salinan IC pemohon & pasangan.
    • Salinan SSM yang masih aktif.
    • Penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon dan pasangan.
    • Salinan Cukai Pintu / Bil Utiliti.
    • Salinan penyata akaun bank individu.

Hantarkan borang ke Pusat Agihan Zakat (PAZA) atau cawangan MAIWP yang berdekatan.

Permohnan dibuka sehingga 18 November 2021.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai zakat bantuan ini anda boleh hubungi di talian berikut :

+6019 224 2752

Atau klik MAIWP di sini untuk maklumat penuh.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress