Terdapat berita baik untuk mereka penerima BPR, bantuan sebanyak RM500 secara one-off akan mula diagihkan bermula Jun ini melalui bantuan PEMERKASA.
Untuk makluman, sebanyak RM1.2 billion diperuntukkan oleh kerajaan bagi meringankan beban 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda maklumat terkini yang kami perolehi mengenai bantuan RM500 one-off ini.
Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Sebanyak RM500 Ini?
- Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang punca pendapatan COVID-19.
- Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
Bantuan RM500 One-Off Untuk B40 & Penerima BPR
Kami kongsikan maklumat mengenai bantuan ini:
- Tiada pendaftaran perlu dibuat untuk menerima bantuan ini.
- Penerima berumur antara 21-60 tahun.
- Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
- Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Tarikh Bayaran
- Bayaran RM500 one-off ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.
Cara Untuk Memohon
Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.
Anda boleh membuat semakan pada akaun anada apabila tarikh bayaran diumumkan kelak.
Maklumat Tambahan
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88-2747