Bantuan Warga Emas merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat bagi membantu golongan warga emas yang memerlukan. Bantuan Warga Emas juga dikenali sebagai BWE atau BOT (Bantuan Orang Tua).
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Permohonan Bantuan Warga Emas 2021
Matlamat pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu komuniti di Malaysia terutamanya Warga Emas supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan seharian. Ini juga sekaligus dapat mengurangkan beban tanggungan kehidupan.
Kadar Bantuan
Jumlah bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) diberikan sebanyak RM500 sebulan.
Syarat Kelayakan Permohonan
Sila rujuk kriteria kelayakan di bawah untuk bantuan BWE :
-
- Warganegara yang menetap di Malaysia;
- Warge emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja;
- Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan);
- Tidak tinggal di Institut kendalian JKM atau pusat jagaan harian
- ATAU mana-mana kes yang memerlukan pertimbangan serta kelulusan daripada KPKM
Langkah Untuk Memohon BWE
Anda perlu permohonan BWE di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.
1. Anda perlu memuat turun & mengisi Borang JKM di pautan di bawah :
2. Sila bawa dokumen sokongan serta salinan kad pengenalanan pemohon, suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
3. Sila bawa bersama salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (kalau ada) serta dokumen-dokumen berkaitan.
4. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di kawasan berdekatan anda.
Klik pautan untuk alamat pejabat JKM Negeri : KLIK DISINI
Klik pautan Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah : KLIK DISINI
Anda juga boleh membuat permohonan untuk Bantuan Kanak-kanak JKM, maksimum RM1,000 sebulan untuk setiap keluarga. Untuk Info bantuan kanak-kanak JKM, KLIK DISINI
Cara Membuat Semakan Bantuan Warga Emas
Semakan untuk bantuan warga emas boleh dilakukan secara online dengan mengikuti langkah mudah di bawah:
-
- Sila Klik Pautan Laman web JKM di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Sila klik butang semak.
Maklumat Lanjut
Anda boleh hubungi JKM di talian di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut :
Hotline JKM : 03-8000 8000