Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk makluman anda, bantuan warga emas Malaysia akan diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
OnViral akan kongsikan kepada pembaca bagaimana hendak memohon Bantuan Warga Emas Rm500 Sebulan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Kadar Jumlah Bantuan
-
- Jumlah bantuan untuk Bantuan Warga Emas ini ialah sebanyak RM500 sebulan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan khusus bantuan ini:
-
- Warganegara yang tinggal di Malaysia.
- Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja.
- Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan).
- Tidak tinggal di institut kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat jagaan harian.
- Atau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM).
Cara Mohon
Bagi permohonan bantuan kewangan RM500 ini perlu dibuat di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di setiap negeri di Malaysia.
- Sila muat turun, cetak sert isi borang JKM di pauatn berikut:
- Sila bawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalan pemohon, suami/ isteri / ibu /bapa / anak yang tinggal bersama.
- Bawa juga salinan sijl kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Hadir ke pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di kawasan berdekatan anda.
Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik pada pautan berikut: klik DISINI
Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah: klik DISINI
Mohon Juga: Bantuan Bakul Makanan Bagi Setiap Negeri
Semakan Bantuan Warga Emas
Anda boleh membuat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi JKM di talian tertera:
Telefon: 03-8000 8000
Soalan Lazim
1. Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?
-
- Mereka yang layak akan menerima RM500 bulan.
2. Apakah syarat kelayakan?
-
- Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK.
3. Bagaimanakah cara permohonan?
-
- Sila muat turun dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan.