Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu

Permohonan Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Idaman.

Setiap orang mesti mempunyai keinginan memiliki rumah idaman sendiri. Kebanyakan yang tidak mampu untuk membeli rumah hanya dapat menyewa sahaja tetapi sampai bila? Perasaan hati mesti mahu memiliki rumah sendiri untuk jaminan masa depan kerana ia juga merupakan satu aset penting individu.

Masalah yang kerap datang adalah apabila memikirkan kadar wang pendahuluan (downpayment) dan kadar kos pengurusan pembelian rumah yang sememangnya tinggi, kita akan berfikir banyak kali untuk melakukan keputusan samada mahu meneruskan niat atau menunggu.

Dari mana mahu cari duit untuk semua itu? Mungkin masih ada kebanyakan orang yang tidak tahu bahawa pencarum boleh melakukan pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa perlu menunggu sehingga usia mencapai 50 / 55 tahun.

Sila baca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahui tentang pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah.

Baca juga: CIMB Clicks : Cara Mendaftar & Login Kali Pertama Secara Online

Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Maklumat yang berinformasi dan penuh manfaat ini di sumbang oleh saudara Ishak dari Pejuang Hartanah dimana beliau telah menerangkan satu persatu (step-by-step) tentang prosecur dan senarai dokumen yang perlu disediakan untuk melakukan permohonan.

Sekiranya anda mempunyai niat dan perancangan untuk membeli rumah, kadangkala bila difikirkan tahap kemampuan diri dari segi kewangan menyebabkan ianya menjadi satu halangan untuk anda merealisasikan impian anda memiliki rumah.

Untuk melakukan pinjaman (loan) dari bank sebagai DOL (duit orang lain) itu mungkin sudah tentu kerana kita tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk membeli hartanah.

Pernahkah anda tahu bahawa terdapat satu lagi alternatif untuk membeli rumah? Lagi-lagi dengan status anda sebagai seorang penduduk tetap yang berwarganegara Malaysia, sudah pasti lebih mudah.

Apakah jalannya? Jalannya adalah anda boleh melakukan pengeluaran wang anda dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF). Menarik bukan? Tetapi ada mesti mempunyai akaun KWSP sudah semestinya. Sesiapa yang mencarum dengan KWSP sudah tentu berasa beruntung sesudah mengetahui tentang penyelesaian ini.

Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

    • Membeli atau membina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama sudah dijual, ATAU dalam proses untuk dilupuskan). Sekiranya anda mahu membeli hartanah dengan  menggunakan Akaun 2 KWSP anda, anda perlu menunjukkan bukti yang ada sudah membuat pembayaran untuk tempahan (booking fees) dan wang pendahuluan (downpayment), bersama dengan yuran peguam dan juga duti setem untuk SPA.
    • Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
    • Menolong pasangan untuk kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.

Syarat-Syarat Kelayakan Pengeluaran

Syarat Kelayakan merupakan perkara utama yang anda perlu ambil tahu untuk melakukan pengeluaran wang KWSP untuk membeli rumah. Sekiranya anda tidak layak, sudah semestinya anda tidak akan dapat  membuat semakan dan melakukan pengeluaran. Di bawah adalah syarat-syarat untuk melakukan pengeluaran wasng KWSP untuk tujuan ini:

    • Anda mestilah seorang Warganegara Malaysia; ATAU
    • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran untuk Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan sudah memilih untuk menyumbang balik pada KWSP; ATAU
    • Bukan Warganegara Malaysia yang:
      • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
      • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
    • Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun semasa KWSP menerima permohonan anda.
    • Baki simpanan perlu ada sekurang-kurangnya minimum RM500 dalam Akaun 2.
    • Hartanah yang anda mahu dibeli adalah untuk tujuan kediaman sahaja.
    • Permohonan perlu dilakukan dalam masa 3 tahun selepas tandatangan SPA.
    • Anda mestilah sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah yang dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan
    • Pinjaman anda mestilah sudah diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau melalui pembiayaan sendiri

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Penyediaan dokumen-dokumen berkaitan adalah bahagian yang paling penting untuk anda semak dimana anda perlu memastikan kesemua dokumen yang diperlukan untuk melakukan permohonan adalah lengkap dan mengikut urutan / susunan permintaan. Ini adalah untuk memudahkan proses permohonan anda kelak.

Untuk pengetahuan, anda boleh menyediakan dokumen secara softcopy ataupun hardcopy untuk senarai dokumen di bawah :

    • Borang pengeluaran KWSP (Borang KWSP 9C(AHL).
    • Salinan original SPA.
    • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
    • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
    • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
    • Bukti perhubungan (Untuk mereka yang melakukan join loan dimana surat penerangan pembelian secara join loan perlu disertakan sekali)

Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP

Anda boleh memilih samada mahu melakukan urusan permohonan pengeluaran secara online ataupun secara bersemuka.  Tetapi adalah lebih mudah untuk melakukannya secara online menerusi aplikasi I-Akaun (Sila download aplikasi I-Akaun di handphone anda)

Untuk melakukan permohonan secara bersemuka pula, sila dapatkan kepastian daripada pihak KWSP sama ada anda perlu membuat appointment terlebih dahulu ataupun boleh terus hadir ke kaunter (walk-in) untuk berurusan.

Tempoh Proses Pengeluaran KWSP (Pembelian Rumah)

Pegawai KWSP kebiasaannya akan memaklumkan kepada pemohon yang tempoh proses akan mengambil masa selama 21 hari waktu bekerja akan tetapi tempoh yang sebenarnya adalah seawal 7 hari waktu bekerja jadi anda sudah boleh melakukan semakan dalam akaun anda dalam tempoh tersebut. Anda hanya perlu pastikan yang dokumen-dokumen sudah lengkap disediakan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau mempunyai maklumat lanjut, sila hubingi pihak KWSP dengan merujuk pilihan di bawah:

    • Sila layari Laman web KWSP KLIK DISINI  ATAU
    • Sila hubungi talian Hotline KWSP : 03-89226000

Baca juga: PERKESO | Cara Dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan Selama 6 Bulan Jika Diberhentikan Kerja

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress