Isi Kandungan
hide
Program Bantuan Untuk Ibu Tunggal iSejahtera
Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera ini menawarkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali. Apabila si ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan akan kepada waris Ibu Tunggal tersebut.
**Sebelum anda memohon perlulah anda tahu butiran-butiran berkenaan bantuan ini sebagai contohnya syarat,dokumen diperlukan dan bila ia akan dibayar.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Syarat- Syarat Permohonan?
-
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Telah pun berdaftar sebagai pengundi didalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pulau Pinang.
- Individu yang telah bercerai atau kematian suami.
- Individu yang berumur bawah 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
- Tidak berkahwin semula; Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
Baca Juga: Senarai Bantuan PEMULIH Yang Boleh Anda Mohon!
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon\\\\\ cew2 23 3 k
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
-
- Sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.
- Sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris ibu Tunggal tersebut.
Bila Tarikh Pembayaran Bantuan Ibu Tunggal?
-
- Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat kepada penerima yang layak sahaja.
Bagaimana Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera?
-
- Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal dipersilakan untuk mendaftar secara atas talian (online).
- Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR & kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Bagi permohonan online, boleh daftar di https://isejahtera.penang.gov.my
Bagaimana Untuk Buat Semakan Status?
- Status Pendaftaran boleh disemak melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 ataupun Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.
Untuk Maklumat Lanjut sila rujuk laman web rasmi iSejahtera dipautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php