Cara Mohon Rumah Sewa RM120 Sebulan | Khas Untuk Golongan B40
Penubuhan Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan penempatan bagi mereka yang mempunyai berpendapatan rendah (B40). Rumah sewa PPR adalah untuk keperluan tempat tinggal khas kepada golongan B40. Permohonan masih lagi dibuka untuk setiap negeri, jadi kepada sesiapa yang berminat, peluang masih lagi terbuka untuk membuat permohonan.
OnViral ingin kongsikan kepada anda semua cara permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Kategori Program Perumahan Rakyat (PPR)
1. PPR Disewa
-
- Progran Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan sewa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar sebanyak Rm120 sebulan.
2. PPR Dimiliki
-
- Kerajaan menubuhkan program PPR dimiliki ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Harga adalah RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Untuk Sabah pula RM42,000 seunit.
Baca Juga: Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bagi Yang Gaji RM1000 Dan Tiada Slip Gaji!
Ciri-Ciri Rumah Sewa PPR
Rumah-rumah dalam Program ini mempunyai reka bentuk yang sama dimana kriteria ini telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .
-
- Jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat untuk kawasan bandar.
- Jenis yang rumah teres untuk kawasan pinggir bandar.
- Keluasan rumah tidak melebihi 700 kaki persegi.
- Binaan rumah – terdapat 3 bilik tidur , 2 bilik air , 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur.
Keperluan Asas
-
- Dewan Komuniti
- Taman Permainan
- Kemudahan OKU
- Tadika
- Surau
- Rumah Sampah
Kesemua projek PPR yang telah dijalankan di setiap negeri boleh dirujuk dilaman rasmi program ini. KLIK DISINI
Kelayakan Permohonan Program Rumah PPR
Sila rujuk syarat kelayakan di bawah bagi membuat permohonan :
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah mestilah kurang daripada RM3,000 dan ke bawah sahaja
- Syarat yang lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan
Langkah Permohonan Program Rumah PPR
Permohonan Secara Manual
Kepada sesiapa yang ingin membuat permohonan secara manual, sila hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri disini KLIK DISINI
Permohonan Secara Online
Sila layari laman web rasmi TEDUH KLIK DISINI
Maklumat Lanjut Program Rumah PPR
Sila rujuk gambar di bawah untuk sebarang maklumat lanjut: