Cara Mohon Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online

Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online

Surat beranak ataupun sijil kelahiran merupakan dokumen terpenting yang diperlukan sehinggalah anda dewasa.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang kehilangan dokumen penting ini akibat pelbagai punca seperti hilang dicuri orang, banjir, kebakaran dan sebagainya. Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online.

Kelayakan Pemohon

Permohonan hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:

    1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
    2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
    3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
    4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
    5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
    6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
    7. Firma Guaman;
    8. Badan Berkanun;
    9. Agensi kerajaan.

Proses Pendaftaran Pengguna

    1. Sila layari portal rasmi JPN https://www.jpn.gov.my/my/
    2. Boleh klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian.
    3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran.
    4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”.
    5. Laman pendaftara pengguna baru akan dipaparkan.
    6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
    7. Setelah selesai pendaftara, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my.
    8. Sila klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
    9. Selepas klik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.

Log Masuk Ke Akaun

Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.

    1. Pada bahagian log masuk, masukkan nombor MyKad atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
    2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama sistem.

Proses permohonan

    1. Pengguna mestilah membaca terma & syarat yang telah ditetapkan
    2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
    3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
      • Waris terdiri daripada golongan berikut:
        • Ibu bapa
        • Adik-bradik
        • Pasangan
    4. Sekiranya pengguna adalah “Pemilik”, lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan
    5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
    6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah berjaya
    7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya
      Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress