10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Mudah
Anda sering sakit kepala? Ini adalah cara untuk anda hilangkan sakit kepala tanpa makan sebarang ubat. Sakit kepala sering diserang tanpa mengira waktu, ia satu keadaan yang cuba anda elakkan apatah lagi apabila terdapat banyak urusan dan tugasan lain yang perlu anda selesaikan.
1. Pek ais
Migrain? Letakkan pek sejuk pada dahi anda, boleh menggunakan ketulan ais yang dibalut dengan tuala, atau sebungkus kacang pea beku. Kemudian, tekapkan pada kepala selama 15 minit. Selepas itu, rehat selama 15 minit. Selain itu, anda juga boleh mandi air sejuk untuk mengurangkan kesakitan.
2. Pad pemanas
Untuk kurangkan sakit kepala, anda boleh gunakan pad pemanas. Letakkan pada leher atau di bahagian belakang, kiri atau kanan kepala serta jangan lupa gunakan kain yang telah direndam dalam air suam.Tekapkan kain tersebut di bahagian yang sakit. Selain itu, mandi dengan air panas juga dikatakan dapat hilangkan sakit dengan cepat dan berkesan.
Urutan di bahagian leher, bahu dan dahi boleh melegakan dan akan mengurangkan ketegangan otot serta kesakitan yang dialami. Anda boleh membuat urutan pada bahagian yang sakit bergantung pada jenis sakit yang dihadapi.
Urutan Yang Melegakan Sakit Kepala
Menurut sebuah pemerhatian, menthol yang memberi aroma segar pada pudina membantu saraf dan otot-otot menjadi lebih relaks dan sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala dengan berkesan. Anda boleh menggunakan minyak pudina untuk disapu di sekitar dahi atau kepala atau boleh minum teh pudina tanpa gula.
7. Halia
Halia mengandungi sejenis minyak yang mengandungi kompaun gingerol dan shogaols yang mempunyai ciri anti-keradangan dan melegakan kesakitan. Seperti pudina, halia juga boleh mengurangkan rasa loya serta mengurangkan simptom sakit kepala seperti migrain. Gunakan hirisan halia atau serbuk halia untuk buat teh dan diminum malah boleh buang angin sekali!
8. Cuka Epal & Madu Asli
Bagi yang ada simpan madu asli dan cuka epal (apple cider vinegar / ACV), boleh gunakan petua ini. Caranya, campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Seeloknya guna sudu plastik.
Baca selawat 3 kali dan terus minum. Kemudian bilas mulut dengan air masak sebab kuantiti asid dalam cuka epal agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit akan kurang.
9. Asam Jawa & Santan
Satu lagi cara yang boleh dicuba adalah menggunakan santan dan asam jawa. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan. Lumurkan ke seluruh kepala, bungkus dengan tuala dan biarkan seketika. Malah santan kelapa juga bagus untuk rambut. Selepas beberapa minit, bilaskan rambut dengan air atau syampu. Mudah-mudahan ia berkurang dan dapatlah juga khasiat untuk rambut sekali. 2-in-1 gitu!
10. Mandi
Mandi pancuran air panas atau berendam dalam tab mandi adalah salah satu cara untuk meredakan sakit .Menurut penelitian, mandian ini ibarat heat therapy bagi pesakit migrain.
Ia boleh membantu menghentikan isyarat rasa sakit kepada otak dan meningkatkan pengaliran darah bagi melegakan otot-otot yang tegang. Jadi, cubalah mandi dulu dan lepas tu barulah rehat atau tidur sekejap supaya rasa sakit dapat berkurang dengan lebih berkesan.