Cara Mudah Tebus Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500
Untuk makluman, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan pada 26 Oktober lalu kepada para pemohon yang memohon.
Pembayaran bantuan ini dilaksanakan secara dua cara iaitu secara terus ke akaun bank dan secara tunai melalui kaunter BSN yang berdekatan.
Onviral akan kongsikan kepada anda cara untuk menebus bayaran bantuan melalui kaunter-kaunter bank BSN berdekatan.
Apa Itu Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik.
Hal ini bertujuan untuk membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan akibat pembuangan kerja yang dilakukan oleh para majikan untuk mengatasi krisis ekonomi.
Jumlah Bantuan BKP
-
- RM500 untuk setiap orang yang layak
- Pembayaran dilakukan secara one-off
Cara Semakan BKP
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status BKP sama ada layak atau tidak, anda boleh layari
Kaedah Pembayaran BKP
Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pembayaran BKP yang patut anda tahu.
Kaedah Bayaran Kredit Ke Akaun Bank
Kaedah ini bermaksud pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftarkan.
Untuk mengetahui anda menerima kaedah seperti ini, anda boleh untuk membuat semakan paparan “Kredit Akaun Bank” pada telefon pintar anda.
Kaedah Bayaran Tunai
Pembayaran akan dilaksanakan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan.
Anda akan menerima paparan Kaedah Bayaran ‘TUNAI’ setelah membuat semakan BKP.
Cara Tebus RM500 Melalui Kaunter BSN
-
- Anda perlu hadir ke mana-mana kaunter BSN berdekatan lokasi anda.
- Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN.
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penebusan.