Cara Paling Senang Untuk Simpanan Anak RM30 Sebulan, Lepas 17 Tahun Simpanan Lebih RM10K

Untuk mulakan simpanan duit anak, seorang ibu perlu ada 1 istilah iaitu istiqomah. Di mana jika ibu culas maka tidak berhasil impian ibu untuk lihat tabung anak penuh menggunung ketika anak semakin dewasa dan ini yang dikosngsikan oleh Nursha Salleh tentang panduan istiqomah menyimoan duit anak dalam tabung haji.

Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh ibu bapa bagi memastikan simpanan lebih RM10,000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun ke atas. Tidak mustahil ada ibu bapa yang akan rasa cara ini lucu malah mengambil masa yang lama.

Ini Cara Simpan Duit Anak Di Tabung Haji Bermula RM1 Sehari!

  • Buka akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat pada anak berumur 6 bulan.
  • Simpan duit anak secara konsisten di Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
  • Buat direct debit lebih memudahkan urusan. Apa itu direct debit? Direct Debit ini adalah transaksi yang anda telah benarkan untuk ditolak terus dari akaun anda untuk amaun yang tertentu (Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan)

Selepas 17 tahun, anda perlu buat persediaan bagi anak yang melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10K:

  • Nilai prinsipal: RM6220
  • Nilai dividen: RM4706
  • Jumlah simpanan: RM10926

Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan lebih bertambah. Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati. Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.

Share jika bermanfaat.

Jom tonton video dari Youtube OnviralĀ 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress