Cara Semak Keputusan Rayuan Dan Pembayaran BPR 2021

Pasti ramai masih keliru dan belum mengetahui tentang tarikh semakan untuk rayuan dan juga bila pembayaran BPR akan dilakukan. Permohonan rayuan yang telah dilakukan Jun lalu masih tiada jawapan dimana kebanyakan telah lulus BPR Fasa 1 akan tetapi tidak berjaya untuk pembayaran BPR Fasa 2. Kegagalan ini mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan BPR

Menurut Bernama TV pada 6 September lepas memaklumkan yang tarikh keputusan rayuan BPR adalah pada penghujung September ini. Akan tetapi, tarikh yang tepat tidak disebut oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Mohd Shahar Abdullah.

Mohd Shahar  telah memaklumkan bahawa sesiapa yang berada dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu risau kerana mereka tetap akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui pada hujung bulan September ini.

pembayaran bpr

Antara maklum balas yang diterima bagi yang telah membuat rayuan pada bulan Jun yang lepas.

Tarikh Pembayaran BPR

Masa untuk pembayaran BPR bagi yang telah membuat rayuan akan dibuat selepas tarikh semakan rayuan diberitahu kelak.

Jumlah Bayaran BPR Sekiranya Lulus Rayuan

Di bawah adalah kadar bayaran sekiranya lulus rayuan BPR Fasa ke2

Kategori Isi Rumah < RM2,500
0 -1 Anak: RM400
2 Anak ke atas: RM400

Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM4,000
0 -1 Anak: RM300
2 Anak ke atas: RM300

Kategori Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
0 – 1 Anak: RM100
2 Anak ke atas: RM250

Bujang < RM2,500
RM200

Baca juga: JPJ : Temujanji Online Dihentikan, WALK-IN Mulai 6 Sept 2021

pembayaran bpr

Anda boleh klik pautan untuk merujuk maklumat penuh tentang pembayaran BPR Fasa ke2. KLIK SINI

Menyemak Status Kelulusan Pembayaran BPR

Anda boleh membuat semakan status kelulusan BPR di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/

Menyemak Kod Alasan Tidak Mendapat  Kelulusan Permohonan Pembayaran BPR

Untuk menyemak kod alasan tidak lulus permohonan BPR, sila klik pautan KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web BPR dan hubungi LHDNM  sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut :

LHDNM: 1-800-88-2741 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)
Atau Sila Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress