Cara Semak Pembayaran KWSP RM10,000 Melalui i-Akaun ~ Bermula Hari Ini 18 April 2022

Memandangkan ramai yang menantikan hari yang bermakna ini, pastinya ramai pencarum yang tidak sabar untuk menyemak status bayaran Pengeluaran Khas KWSP akaun masing-masing. Ramai yang tanya bagaimana cara untuk semak status pembayaran KWSP RM10,000?

OnViral ingin kongsikan kepada anda cara untuk menyemak status pembayaran KWSP RM10,000 melalui i-Akaun.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

    1. Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
    2. Klik ‘Teruskan’
    3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
    4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
    5. Isi No Telefon Bimbit
    6. Sahkan Captcha
    7. Klik ‘Semak Status’
    8. Keputusan Permohonan Dipaparkan
    9. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
    10. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
    11. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
    12. Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
    13. Ikuti Channel Telegram Rasmi di sini: https://t.me/portalinfomalaysia
    14. Segala perkembangan terkini akan kami kongsikan pada Channel Telegram tersebut
    15. Rancang perbelanjaan anda dan selamat maju jaya kami ucapkan.

Cara Semak Pembayaran KWSP RM10,000 Melalui i-Akaun

OnViral kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyemak pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:

    1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
    2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
    3. Masukkan USER ID
    4. Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    5. USER ID bukan nombor ahli KWSP
    6. Tekan butang Next
    7. Masukkan PASSWORD
    8. Tekan butang Login
    9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
    10. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    11. PROFILE
    12. NOMINATIO
    13. SIMPANAN SHARIAH
    14. MY ACCOUNT
    15. ENQUIRY
    16. INVESTMENT
    17. WITHDRAWAL
    18. INBOX
    19. Klik WITHDRAWAL.
    20. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin.
    21. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini.
    22. Lihat amaun Pengeluaran Khas KWSP anda.
    23. Selesai.

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.

Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bagaimanakah Pembayaran Pengeluaran Khas?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

    • Akaun bank (simpanan atau semasa)
    • Akaun bank masih aktif
    • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress