Cara Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga – BPR Fasa 3

Apakah itu BPR?

Sebelum kita pergi jauh berkenaan hal ini, mari kita mengulang maklum apa itu BPR. BPR ialah Bantuan Prihatin Rakyat telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 .Banyak manfaat yang diprogramkan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk melangsungkan hidup dalam situasi pandemik COVID-19 yang semakin menjadi-jadi ini.Berikutan itu, pada tahun ini, Semua jenis bantuan telah diulangkaji bagi menambah initiatif bagi rakyat untuk menghadapi suasana ekonomi tidak stabil setakat ini.

Oleh itu BPR 2021  telah diperkenalkan ,bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan kadar peruntukkan dan kategori pendapatan yang lebih teliti dan peka.

Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Permohon BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan. Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangka  diterima pada bulan September 2021.

 

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 diterima , bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Isi Rumah;

    • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
    • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
    • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
    • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
    • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)

Berapakah Pula Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Malang sekali, kategori Bujang tidak akan menerima apa apa bayaran kerana telah mendapat bantuan penuh fasa 1 dan fasa 2.

Bagaimana Cara Semakan Status Bayaran Fasa 3?

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi BPR LHDNM di https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID & kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Sila tekan butang pada ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan di skrin.

Untuk Maklumat Lanjut

    • Sila ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my  atau hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau;
    • Boleh hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress