Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

Sudah pasti ramai yang hendak menyimpan duit di akaun ASB kan? Korang tahu tak, korang sebenarnya boleh untuk menyimpan duit ASB secara online tanpa perlu ke kaunter ASB.

Tapi, sebelum korang membuat pemindahan atau simpan duit ke akaun ASB, korang perlulah ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan laman web ASNB atau memuat turun aplikasi ASNB di telefon bimbit anda.

OnViral ingin kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat simpanan ASB.

Cara Simpan Duit ASB Online

Langkah 1

Muat turun aplikasi myASNB atau buka laman web https://www.myasnb.com.my/

Langkah 2

Login akaun myASNB menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.

Kemudian, tekan LIHAT SEMUA.

Nanti anda akan lihat semua akaun termasuklah akaun anak-anak yang didaftarkan di bawah nama anda.

Langkah 3

Tekan ikon Tambah Pelaburan.

Sekiranya anda ingin menyimpan duit untuk anak, anda boleh memilih akaun anak-anak.

Sekiranya anda ingin menyimpan ke akaun sendiri, anda boleh memilih akaun sendiri.

Langkah 4

Masukkan jumlah pelaburan (jumlah duit yang ingin disimpan).

Kemudian, pilih Perbankan Atas Talian (FPX) untuk transfer dari akaun bank ke ASB.

Kemudian tandakan (/) dan tekan seterusnya.

Langkah 5

Pilih bank tersedia.

Anda boleh pilih dari bank mana yang ingin anda lakukan pemindahan. Anda boleh klik terus.

Langkah 6

Setelah anda check maklumat pemindahan duit ke akaun ASB, tekan SAHKAN.

Langkah 7

Anda akan dibawa ke paparan login online banking yang dipilih tadi.

Masukkan password dan ID seperti biasa.

Kemudian, selesai.

Kelebihan Simpan Duit ASB

Antara kelebihan simpanan ASB ni ialah dividen yang tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai simpanan 200k dalam masa setahun, anda akan dapat dividen (16 ribu/ 9 ribu pernah dapat 16, tahun lepas dapat sikit 9k).

Anda perlu faham, dividen ini tidak sama setiap tahun kerana mengikut rate yang berubah setiap tahun. Ada tahun dividen tinggi dan ada tahun dividen rendah.

Selamat mencuba dan menyimpan duit di akaun ASB anda!

Kredit: Nurul Ashikin Che Darus

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress