Permohonan Bantuan Latihan Perantis JKM
Untuk makluman anda, tujuan bantuan ini diwujudkan adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang sedang kesulitan di musim penularan wabak pandemik ini.
Oleh kerana itu, pihak JKM bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis. Ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil belajar.
Bantuan kewangan ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan seharian bagi Kategori B40 yang mana kehilangan sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Cov-19 yang melanda pada masa ini.
Jumlah Bantuan
Tujuan utama bantuan latihan perantis JKM ini disalurkan kepada golongan b40 adalah untuk:
-
- Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
- Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.
Apakah Syarat Kelayakan?
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan:
-
- Merupakan warganegara Malaysia sahaja.
- Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan.
- Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia.
- Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.
Bagaimana Cara Memohon?
Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk permudahkan urusan permohonan:
-
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (sekiranya ada).
- Dokumen lain yang rasa diperlukan.
Senarai Pejabat & Institusi JKM
Untu ketahui senarai pejabat dan institusi JKM, klik DISINI.
Berikut adalah merupakan borang permohonan yang perlu dilengkapkan & kemudian hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:
-
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan – KLIK DISINI
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan – KLIK DISINI
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut bantuan : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/contentmenu&id=SnBhRGJjYVdIc1lodEJsZE51ekxtUT09