Cara Tebus Bantuan Persekolahan Sehingga RM450

Makluman kepada penerima Bantuan Am Baitulmal Persekolahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh menyemak dan menebus bantuan sekolah dan peralatan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Kembali Ke Sekolah.

OnViral ingin kongsikan kepada anda mengenai MAIWP Kasih Asnaf Kembali Ke Sekolah.

Apakah Itu Bantuan MAIWP Kasih Asnaf?

MAIWP Kasih Asnaf Back To School merupakan bantuan persekolahan yang diperkenalkan oleh MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka.

Untuk tahun 2022 ini ada kelainan sedikit, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan sekolah untuk bantuan ini dibuat melalui aplikasi Boost menggunakan Dompet MAIWP.

Kepada para ibu bapa diluar sana, jangan ketinggalan untuk membuat semakan bagi melayakkan anda membuat penebusan peralatan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost.

Cara Tebus Kelengkapan Sekolah Kasih Asnaf 2022

Sila ikuti langkah di bawah untuk menebus peralatan sekolah anak anda untuk program ini dengan applikasi Boost.

    1. Sila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/
    2. Klik pada Semakan Status Bantuan.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar
    4. Sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Dompet adalah betul dan terkini
      Status e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.
    5. Jika nombor telefon tidak didaftarkan, sila daftarkan nombor telefon dahulu untuk menebus bantuan ini.

Lihat panduan bergambar di bawah untuk fahaman lanjut:

Cara claim kasih asnaf

Kasih asnaf bantuan sekolah

Boost back to school

Video Panduan Berdaftar

Tarikh Penebusan

Bagi mereka yang layak, anda boleh buat penebusan bantuan mulai 28 Februari hingga 30 April 2022 di kedai-kedai yang terpilih. Harap maklum.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress