Cara Tebus Pembayaran BPR Fasa 3 Di Bank BSN ~ Semak Segera!

Cara Tebus Pembayaran BPR Fasa 3 Di Bank BSN ~ Semak Segera!

Seperti yang kita telah sedia maklum pembayaran Bantuan Prihatin (BPR) 2021 Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun dan pembayaran tunai telah pun bermula pada 28 September lalu secara berperingkat.

Onviral akan kongsikan kepada pembaca cara penebusan bayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Tebus Pembayaran BPR Fasa 3 Di BSN

Bagi pembayaran secara tunai, penerima perlu untuk membawa kad pengenalan  ketika hadir ke Cawangan BSN yang berhampiran dengan anda.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR Fasa 3.

Jumlah Bayaran Yang Diterima

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah:

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500

    • Kurang dari 1 anak: RM500
    • 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000

    • Kurang dari 1 anak: RM200
    • 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000

    • Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
    • Kurang dari 1 anak: RM100
    • 2 anak dan ke atas: RM200

Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3

    • Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
    • Tekan butang “Semak Status”
    • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

    • LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
    • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
    • Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress