Cara Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Cara Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Kad ATM anda rosak atau expired (tamat tempoh) semasa pkp ini?

Menurut pihak Maybank, semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.

Caj sebanyak RM12 akan dikenakan dan penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda.

OnViral ingin kongsikan kepada anda cara untuk memohon penukaran kad ATM Maybank (debit card) secara online tanpa perlu ke bank.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Baca Juga : Langkah Penggantian Kad Pengenalan Melalui Telefon Tanpa Perlu Isi Borang

Cara Tukar Kad ATM Maybank Online

Bagi penukaran kad ATM Maybank, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Sila log masuk ke Maybank2u (sila gunakan browser, bukan app).

 

2. Pergi ke bahagian Settings.

3. Pilih pada Cards.

4. Pada bahagian Manage Debit Cards, sila Replace Card. Bahagian “Activate” akan digunakan bila anda sudah terima kad baru nanti.

5. Sila masukkan alamat penuh anda pada ruangan yang disediakan.

6. Sila klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut.

Sudah siap! Kad anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja sahaja.

Selepas terima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

 

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress