Cara Untuk Memohon Bantuan Khas Wanita RM1000

Pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) telah menyediakan bantuan MyKasih Kapital buat peniaga dan usahawan wanita diluar sana

Bagi pengetahuan anda, YKN satu badan kebajikan yang merupakan bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Maysarakat. Perkara ini bertujuan untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Jadi disebabkan itulah wujudnya bantuan MyKasih ini bagi memberikan bantuan modal perniagaan. Bagi wanita yang memerlukan modal untuk memulakan perniagan, permohonan bantuan dibuka melalui secara atas talian.

MyKasih Kapital

Bersempena dengan Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Insentif Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu inisiatif tambahan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Bantuan ini dilaksanakan bagi memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Bagi permohonan yang layak menerima bantuan MyKasih ini akan mendapat sebanyak RM1,000 bagi bantuan modal perniagaan. Bagi peringkat awal ini, seramai 2000 wanita akan dipilih dalam program Bantuan MyKasih Kapital ini berdasarkan melalui permohonan yang diterima.

Objektif MyKasih Kapital

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohonan dibuka kepada golongan wanita sahaja.
  3. Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga.
  4. Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Pemohon ialah wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit.
  6. Pemohon berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Klik laman web berikut ; https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform.
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital di talian 03-8323 2433 atau terus ke pejabat di alamat:

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress