Langkah Mudah Padam Akaun MySejahtera Lama Anda (No. Tel/Emel Hilang) & Pindah Maklumat Tanggungan
Adakah anda tahu yang anda boleh mendaftar akaun baharu untuk MySejahtera sekiranya MySejahtera anda mengalami masalah seperti masih menggunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif, emel yang tidak aktif, menukar nombor telefon, telefon hilang dan lain2? Ia boleh dilakukan tetapi Akaun Mysejahtera anda yang lama haruslah dihapuskan terlebih dahulu.
Sila baca artikel ini untuk mengetahui cara mendaftar akaun baharu MySejahtera baharu, Cara pindah maklumat tanggungan ke akaun MySejahtera anda dan lain2. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa lain disamping bantuan-bantuan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan.
Kaedah Pindah Maklumat Tanggungan ke MySejahtera Sendiri
Langkah 1: Sila padam Nama Sebagai Dependent Pada Telefon Orang Lain
Anda perlu buka MySejahtera yang nama anda terdapat di situ sebagai tanggungan tak kira lah suami atau anak-anak dan seterusnya padamkan nama korang di situ sebagai dependent. Sila rujuk langkah-langkahnya seperti di bawah:
-
-
- Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik ‘Remove Dependent’
-
Langkah 2: Sila muat turun MySejahtera di Telefon anda sendiri
Setelah selesai memadamkan maklumat tanggungan di telefon orang lain, boleh lah muat turun MySejahtera di telefon sendiri dan daftar akaun MySejahtera semula.
Langkah 3: Sila sahkan Maklumat anda Di Telefon Baharu
Selepas berjaya mendaftar akaun MySejahtera sendiri di telefon anda, sila sahkan maklumat dengan mengikuti langkah di bawah:
-
-
- Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik Vaccine for ……..
- Semak Maklumat Nama, No. IC & No. Telefon
- Sahkan dengan klik butang Confirm dan OK
-
Langkah 4: Sila Jawab Soalan MySejahtera
MySejahtera akan mengeluarkan soalan-soalan berkaitan vaksinasi yang mesti anda jawab dan lengkapkan:
-
-
- Sila pilih ‘YA’ sekiranya anda bersetuju atau jawapan yang betul bagi soalan tersebut.
- Sila tekan ‘Submit’ selepas selesai menjawab.
- Sila sahkan dan tekan butang ‘OK’
- Kemudian, paparan pendaftaran selesai akan muncul. Sila rujuk langkah seterusnya.
-
Langkah 5: Sila semak Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Sendiri
Anda boleh buat semakan untuk sijil digital vaksin di aplikasi telefon anda. Sila rujuk langkah di bawah:
-
-
- Sila buka MySejahtera di telefon anda
- Sila tekan ‘COVID-19 Vaccination’
- Sila tekan ‘Vaccine for’
- Kemudian tekan ‘Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate’
- Proses pindah maklumat tanggungan ke telefon sendiri sudahpun selesai. Kaedah ini merupakan cara yang betul seperti yang dimaklumkan menerusi helpdesk MySejahtera
-
Langkah memadam Akaun MySejahtera Lama Disebabkan Telefon / Emel Tidak Lagi Digunakan
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran akaun baharu MySejahtera kerana akaun lama anda masih menggunakan nombor telefon atau emel yang tidak lagi aktif, dan ada juga yang telah terkeluar atau logout dari akaun tersebut, apa yang perlu anda dibuat adalah dengan memadam atau delete dahulu akaun lama sebelum mendaftar akaun baharu.
Sila rujuk langkah seperti dibawah:
Langkah 1: Sila buka Helpdesk MySejahtera di pautan di bawah dengan menggunakan Pelayar Internet (Chrome, Safari dan lain-lain)
Langkah 2: Sila tekan ‘Mula’
Langkah 3: Sila baca soalan yang disediakan. Anda boleh pilih jawapan C (rujuk gambar)
Nota: Setiap pilihan akan berubah dalam sistem. Pilihan C ini hanya untuk membimbing anda.
Langkah 4: Untuk soalan seterusnya, sila pilih jawapan ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’
Langkah 5: Sila masukkan ID Pengguna MySejahtera anda (Yang Lama) sama ada dengan menggunakan nombor telefon atau email yang tidak lagi aktif atau yang tidak lagi digunakan. Anda pelu memastikan yang anda mengisi alamat e-mel untuk dihubungi yang AKTIF kerana respon akan dihantar ke emel tersebut.
Langkah 6: Anda akan nampak paparan ‘Terima kasih’. Emel akan dihantar, jadi sila semak emel AKTIF yang anda sudah isi.
Langkah 7: Emel notifikasi akan dihantar dan anda perlu tunggu emel ‘Berjaya Dipadamkan’ dihantar kepada anda dalam jangka masa beberapa minit ataupun mungkin beberapa hari.
Langkah 8: Sila buka akaun MySejahtera & log masuk atau daftar menggunakan nombor telefon yang baru atau emel yang baru. Anda boleh jawab semua soalan lain jika perlu.