Minggu lepas kita dikejutkan dengan perbalahan yang dilihat agak serius diantara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly diset pengambaran drama Hati Yang Dikhianati. Iqram dikatakan bertindak mencekik dengan kuat leher Mona semasa sesi shot yang mencetuskan pergaduhan kecil antara mereka .
Turut menambah perisa dalam berita itu apabila Mia Nasir dan juga Qistina Khaled juga menyebelahi Mona sehingga berita berkenaan menyebabkan Iqram dilihat mengalami depresi selepas memuat naik video beliau dalam keadaan kesedihan .
Namun, terbaru Iqram akhirnya mengakui bahawa apa yang berlaku pada ketika itu hanya gimik yang dirancang untuk meraih perhatian netizen . Iqram akui peluang itu digunakan kerana netizen lebih suka perkara yang panas berlaku untuk dijadikan bahan ‘membawang’. Tambahnya lagi , netizen lebih suka dihidangkan perkara sedemikian untuk dijadikan bahan bualan dari perkara baik-baik untuk dicerita kongsikan.
“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’. Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.
“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka je. Terpulanglah kepada netizen untuk menilai,” katanya.
Mengakui dirinya sudah lali dengan kecaman netizen, Iqram berharap kemunculannya kembali akan mendapat perhatian dan disambut baik. Saya hanya ingin manfaatkan situasi dan kemunculan saya dan membuatkan netizen bercerita tentang drama ini .
Kata Iqram lagi, antara dia dan Mona mereka tidak mempunyai masalah dan dia telahpun mendapatkan keiizinan suami Mona iaitu Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran bersama isterinya Mona Allen.-onviral
artikel berkaitan ; Iqram Dinzly ‘Koyak’ Digelar Lelaki Psycho , Menangis Rasa Nak Bunuh Diri