Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES

Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES

Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES | Pernah Bayar saman secara online? Tahukah anda saman boleh disemak dan dibayar secara online? Ya pasti boleh kerana ada beberapa perkhidmatan dari pihak berwajib telah menyediakan kemudahan cara pengguna untuk menyemak serta membuat bayaran sama secara atas talian. Yang pasti mudah senang tidak menyusahkan anda untuk beratur panjang di kaunter dan sebagainya.

Disini kami kongsikan panduan mudah cara check semak saman JPJ, Polis Trafik (PDRM) atau AES secara online dan SMS.

Anda boleh selalu melihat atau membuka portal-portal yang kami akan kongsikan dibawah ini untuk melihat diskaun atau permotongan saman yang akan dibuat dari masa ke semasa seperti tahun baru, bulan kemerdekaan dan sebagainya. Anda hanya perlu selalu buka portal dan peka untuk melihat permotongan saman.

Rebut peluang ketika ada diskaun permotongan untuk setiap saman anda mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES
Diskaun Bayar SAMAN kredit : Pandu Laju

Di bawah ini kami kongsikan cara semak dan bayaran saman.

Cara Semak Saman JPJ Dan PDRM Secara SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Anda boleh mengikuti langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah ini:-

Semakan SMS Saman JPJ:

Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888

Sebagai contoh : JPJ SAMAN 850424034451 atau JPJ SAMAN VEP123 selepas itu hantar ke 15888

Anda akan mendapat balasan sms dengan seberapa pantas.

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS <jarak>No ic ataupun no kad pengenalan
hantar ke 32728

Sebagai contoh: POLIS 855555034444 hantar ke 32728

Anda akan mendapat balasan sms dengan seberapa pantas.

artikal berkaitan: Permohonan Geran Kenderaan Yang Hilang Di JPJ

Jom Semak Saman JPJ, PDRM Dan AES Di MyEG Service:-

Langkah-langkah yang perlu anda ikuti ialah :-

  1. Sila layari laman web  https://www.myeg.com.my/
  2. Untuk pengguna pertama kali anda perlu membuat pendaftaran di laman web ini dahulu sebelum menggunakan service dari MyEG ini.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
  4. Klik pada logo berkenaan jika ingin membuat semakan, contoh untuk saman JPJ dan AES klik pada logo JPJ begitu juga dengan Saman PDRM.
  5. Seterusnya, klik butang ‘ SEMAK & BAYAR SAMA ‘ untuk membuat semakan serta membuat bayaran untuk seterusnya.

Selain itu Pihak MyEG ada menyediakan perkhidmatan penghantaran email jika anda mahu mengenai saman baharu dan sebagainya.

Cara Buat Semakan Saman RILEK 

Pengguna boleh membuat semakan status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Cara-caranya ialah :

  1. Sila Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Membuat pendaftaran sebagai pengguna
  3. Selepas itu login menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian anda perlu klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Selepas itu sila isikan maklumat yang diminta dan klik butang Semak

RILEK juga menyediakan pembayaran secara atas talian melalui perbankan Internet seperti M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

Semoga perkongsian Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES memberi impak yang berguna kepada anda dan kepada pihak berkuasa. Jangan lupa komen dan share ya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *