CIMB Clicks Memudahkan Peniaga Online

CIMB Clicks bukanlah sesuatu yang asing bagi peniaga online di Malaysia. Ianya merupakan antara perbankan popular di Malaysia selain daripada Maybank2u, dan banyak digunakan dalam urusan niaga secara atas talian.

Perkembangan perniagaan atas talian sejak akhir-akhir ini telah membuka peluang baru untuk mereka yang ingin mencari pendapatan walau di mana mereka berada. Kemudahan menggunakan perbankan atas talian bagi urusan penerimaan dan pembayaran membolehkan semua transaksi dilakukan dihujung jari sahaja.

 

Daftar CIMB Clicks Dengan Mudah

Jadi apa yang peniaga online perlukan untuk mendaftar akaun CIMB Clicks secara atas talian tanpa perlu ke cawangan mereka? Yang paling utama, anda perlu mempunyai samada:

  • Kad CIMB ATM / Debit
  • Kad CIMB Credit Card dengan ATM PIN

Berikut adalah langkah yang perlu lakukan untuk daftar:

Anda boleh daftar CIMB Clicks dengan enam langkah mudah! Sila rujuk video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas berkenaan langkah yang perlu dilakukan.

  1. Pergi ke CIMB Login Page, dan pilih Register.
  2. Semasa di laman regsiter, pilih “CIMB DEBIT & CREDIT CARD”
  3. Masukkan no kad dan nombor pin kad anda.
  4. Masukkan TAC
  5. Masukkan maklumat profil ID login CIMB Clicks
  6. Selesai

 

 

Adakah CIMB Clicks Selamat?

Sejak beberapa tahun ini, tular pelbagai isu berkenaan keselamatan wang pelanggan terutama yang melibatkan CIMB. Bermula dengan isu password, isu recaptcha sehinggalah kepada isu yang lebih hangat iaitu isu direct debit CIMB yang tular di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Ramai yang mengadu kehilangan wang dari akaun mereka. Ini telah menimbulkan persoalan, adakah selamat untuk terus menggunakan CIMB Clicks?

 

cimb-clicks

 

Program Keselamatan Baru CIMB

Pihak CIMB telah memperkenalkan program keselamatan baru iaitu Perlindungan Transaksi CIMB Clicks yang dilaksanakan bagi memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna daripada terlibat dengan transaksi penipuan. Pelanggan tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapat perlindungan ini kerana ianya sebahagian usaha CIMB dalam memastikan perbankan mereka selamat untuk pelanggan. Transaksi yang mencurigakan akan perlu melalui proses validasi sebelum diproses.

 

Amalkan Langkah Keselamatan

Para pelanggan dinasihatkan agar sentiasa memelihara keselamatan maklumat peribadi dan perbankan mereka. Antara langkah keselamatan yang boleh diambil adalah:

  1.  Jika anda menerima sebarang panggilan, SMS atau email, pastikan anda cuma berinteraksi jika ianya dari nombor yang tertera di belakang kad anda atau rujuk laman sesawang CIMB untuk menghubungi CIMB.
  2. Periksa amaran SMS dan aktiviti transaksi anda di penyata melalui CIMB CLiks sekerap yang mungkin. Jika anda mendapati sebarang aktiviti mencurigakan, sila hubungi nombor yang tertera di belakang kad dengan segera.
  3.  Pada laman CIMB Clicks, lihat pilhan “secureword” selepas memasukkan User ID anda. (Laman palsu tidak akan mempamerkan secureword anda)
  4. Untuk mengakses CIMB Clicks, guna URL penuh seperti berikut: www.cimbclicks.com.my
  5. Pastikan peranti mudah alih anda dikemaskini dengan sistem operasi terkini. Selalu berjaga-jaga dengan kemaskini terbaru daripada pengeluar peranti anda.
  6. Simpan kad dan pin anda di tempat yang selamat
  7. Selindungi papan kekunci dengan tangan apabila memasukkan nombor pin di ATM atau di terminal tempat jualan.

Hati-hati dengan penipuan internet, jangan mudah percaya maklumat yang disampaikan di whatsapp, SMS, email atau sosial media. KIta tidak dapat lari daripada kemajuan dan perbankan atas talian kerana ia merupakan cara utama untuk berurusan pada zaman sekarang. Sebagai peniaga online, kita harus cakna dan menggunakan kemudahan ini dengan berhemah. Semoga perkongsian kalini bermanfaat untuk semua pembaca OnViral.

 

Sumber:

1. Laman Rasmi CIMB Bank Berhad.

Noor Azlin Mohamad

Blogger yang suka menulis kisah yang memberi inspirasi dan share maklumat berguna untuk semua.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress