CIMB Clicks : Cara Mendaftar & Login Kali Pertama Secara Online

Cara Mendaftar & Login CIMB Clicks Kali Pertama Secara Online

CIMB adalah salah satu bank pilihan ramai selain Maybank2u yang menjadi pilihan ramai untuk membuat transaksi online. Menerusi internet banking, para pelanggan tidak  perlu membazirkan masa dan tenaga untuk pergi ke ATM atau bank untuk melakukan transaksi seperti transfer, topup ataupun memeriksa baki akaun. Apa yang anda perlukan hanyalah mempunyai akaun bank CIMB dan urusan transaksi akan menjadi lebih mudah sekiranya semua aktiviti perbankan menggunakan servis CIMB Clicks.

Jangan lupa, untuk menggunakan perkhimatan CIMB Clicks ini anda harus mendaftar terlebih dahulu. Untuk pendaftaran anda  hanya perlu pergi ke mesin ATM sekali saja. Selepas itu, anda boleh melakukan aktiviti transaksi secara online di mana jua anda berada.

Langkah Untuk Mendaftar CIMB Clicks

Sila rujuk langkah-langkah yang ditujukkan di bawah untui pendaftaran internet banking supaya anda boleh mengunakan perkhidmatan internet banking dari CIMB.

Langkah 1

    1. Sila hadir ke ATM CIMB yang terdekat.
    2. Sila masukkan ATM dan PIN Cimb Bank anda.
    3. Sila pilih “Brancless Banking”.
    4. Sila pilih pilihan Registrasi diikuti dengan memilih menu CIMBclicks.
    5. Sila masukkan kata laluan cimbclicks 6 angka anda.
    6. Kemudian anda akan diminta untuk memasukkan password CIMBclicks 6 digit dan nombor handphone anda.
    7. Selepas itu sila pilih “Teruskan”.
    8. Sila cetak bukti resit dan simpan bukti transaksi.
    9. Anda akan mendapat kod pengaktifan yang dihantar ke nombor handphone Anda.

*Nota : Sila hafal dan simpan Kata Laluan, Password 6 Digits dan Kod Pengaktifan anda dengan selamat untuk digunakan semasa pendaftaran di laman web nanti.

Baca juga: BKSS 7.0 : Permohonan RM10,000 Untuk Peniaga Secara One-Off

Langkah Pendaftaran Internet Banking CIMB Clicks

Sila rujuk langkah di bawah ntuk pendaftaran. Dalam proses ini, akaun anda akan diaktifkan.

    1. Sila layari laman web CIMB Clicks KLIK DISINI
    2. Sila pilih “Register for CIMB Clicks
    3. Sila tekan pilihan “CIMB ATM/DEBIT & Credit Cardcimb clicks
    4. Sila masukkan nombor kad ATM, PIN ATM 6 digit, kemudian masukkan kod yang dipaparkan pada skrin.cimb clicks
    5. Selepas itu anda boleh semak / baca terma dan syarat. Sekiranya sudah sila ☑ pada kotak setuju (agree) dan tekan butang “Next”
    6. Sila masukkan kod pengaktifan (OTP) yang telah dihantar oleh pihak CIMB ke handphone anda.
    7. Kemudian sila masukkan User ID dan kata laluan anda.
    8. Sila masukkan nama ibu, email dan perkataan keselamatan
    9. Untuk bahagian “Enter your introducer’s details” (optional) sila biarkan ia kosong sahaja.
    10. Seila tekan “I agree & submit

Langkah untuk Log Masuk Ke CIMB Clicks (First Time Login)

Sila cuba login untuk pastikan Anda telah berjaya membuat akaun.

    1. Sila layari laman web CIMB Clicks KLIK DISINI
    2. Sila tekan butang “Login to CIMB Clicks” di bahagian atas laman web.
    3. Di paparan seterusnya, sila pilih “View“. (Terdapat pilihan pada ruangan tersebut I want to; View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up).
    4. Sila tekan “My Dashboard” untuk mengakses dan melihat keseluruhan perkhidmatan (service) yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
    5. Sila masukkan ID/username anda pada ruangan “Enter User ID“.
    6. Sila tandakan “Yes, this is my SecureWord” sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word (perkataan keselamatan) anda.
    7. Sila masukkan kata laluan anda pada ruangan “Password“.
    8. Sila tekan butang Login. Sekiranya anda berjaya Log masuk  bermakna anda sudah berjaya mendaftar Internet Banking dan masuk buat kali pertama.

Baca juga: Kemaskini Maklumat Akaun Bank Geran Khas Prihatin (GKP) Mulai 7 Oktober 2021

Maklumat Lanjut

Anda boleh rujuk info di bawah sekiranya anda perlukan keterangan lanjut:

    • Untuk Soalan Lazim dan Perkhidmatan KLIK DISINI
    • Sila hubungi Talian Pengguna : Pusat Panggilan Pengguna Beroperasi 24 jam +603 6204 7788

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress