Langkah Daftar Dan Mengaktifkan Bank Islam Online Banking.
Perbankan internet Bank Islam (Bank Islam Internet Banking) diwujudkan bagi membolehkan para pengguna melakukan transaksi dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan mudah dan menjimatkan masa serta tenaga.
Perincian terkini untuk kesemua akaun Bank Islam bolehg anda dapatkan melalui:
-
- Rumusan Akaun
- E-Statement
- Pengurusan cek
- Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Untuk mendaftar Bank Islam internet banking secara atas talian, sila rujuk langkah berikut.
Bank Islam Online Banking
Perkhidmatan perbankan internet diwujudkan bagi memudahkan urusan seharian kerana kita boleh membuat pembelian online dan pelbagai transaksi tanpa perlu ke kaunter. Ia amat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu terkejar-kejar.
Ianya amat memudahkan urusan anda seperti pemindahan wang, pembayaran bil serta memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu hadir dan beratur di ATM, apatah lagi dalam tempoh PKP.
Kriteria Daftar Bank Islam Online
Kriteria kelayakan untuk mendaftar perbankan internet Bank Islam adalah seperti di bawah
-
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Langkah Pendaftaran
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut
-
- Sila layari laman web rasmi Bank Islam KLIK DISINI
- Sila tekan butang “FIRST TIME USER”.
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Sila klik pada butang ATM/Debit Card.
- Sila masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Sila cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.
- Sila semak dan sahkan maklumat anda dengan menekan butang “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Suri Rumah i-SURI RM480 2021
Sila Rujuk Tutorial Bergambar seperti Di Bawah:
LANGKAH 1
Sila layari laman web rasmi Bank Islam di pautan ini KLIK DISINI
LANGKAH 2
Sila baca terma & syarat dan tandakan (/) dalam kotak kecil di bawah.
Kemudian tekan butang ‘Continue’
LANGKAH 3
Sila tekan pada butang ATM/Debit Card.
LANGKAH 4
Sila isikan nombor kad ATM 16 digit dan no pin ATM anda dalam ruangan di bawah.
LANGKAH 5
Sila isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang berikut.
LANGKAH 6
Sila cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia. Anda boleh terus login dan memeriksa baki akaun, membuat urusan pemindahan wang, membayar bil, berbelanja online dan sebagainya.
Sila rujuk video tutorial di bawah untuk pencerahan:
Note Penting: Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda daftarkan semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.
Langkah Pendaftaran GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)
Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple IOS Store dimana anda boleh menggunakan aplikasi GO Bank Islam dengan lebih mudah dan cepat.
Sila rujuk langkah di bawah untuk mendaftar GO Bank Islam:
-
- Sila muat turun aplikasi GO Bank Islam
- Sila masukkan User ID dan password yang telah didaftarkan untuk internet banking (rujuk cara di atas)
- Sila masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Sesudah selesai mendaftar, sila login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.
Baca juga: Cara Semak Baki Touch n Go Secara Online
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk info di bawah :
Sila layari laman web rasmi Bank Islam di pautan ini KLIK DISINI
ATAU
Sila hubungi Bank Islam di talian +60326900900
ATAU
Sila rujuk media sosial Bank Islam di Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB/